Monday, October 12, 2015

Hantar Anak ke UIA

Ku gagahkan diri untuk anak keduaku(bongsu) untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah di UIA Gombak pada 2.9.15. Sebelum ini dia mengikuti Asasi Sains UIA di Petaling Jaya. Ku amat berterima kasih kepada iparku, Abe Zie yang sanggup menjadi pemandu.

Selepas menghantar anak, kami sekeluarga pergi ke rumah adik isteri dan bermalam di sana di samping jalan-jalan di Kota Kuala Lumpur. Terima kasih buat Rosmani dan suaminya yang lebih mesra dipanggil Pak Cu. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.






PUTUS BEKALAN UBAT

1. Ubat Nexavar telah dihentikan oleh doktor dan akn diganti dengan Stivarga(Regorefenib). Ubat Nexavar habis pada 10.9.15 setelah 11 bulan dimakan. 3 minggu selepas berhenti makan Nexavar fistula(lubang di dada) telah tertutup, jadi senanglah sikit untuk solat. Cuma sekarang ni selalu penat dan masalah gastrik. 

2. Bekalan ubat terputus kerana masalah dalam memohon ubat melalui Syarikat Oratis dan JPA. Kemudian syarikat Farmasi lain memohon ubat menggunakan GL isteri. Saya pun hairan, adakah kad pencen sya tidak boleh digunakan sebagai tuntutan ubat.

3. Sekarang sedang menunggu ubat Stivarga yang dipohon oleh Farmasi Vida dengan menggunakan GL isteri tadi.

4. Beberpa minggu lepas, saya dikejutkan dengan kematian seorang bekas pelajar saya, baru berumur 20 tahun dan sedang menuntut di IPTA. Dia menghidap kanser ovari. Dia sakit tidak lama, lepas dibedah meninggal. Kanser sekarang sudah menjadi penyakit biasa dihadapi masyarakat dan ini menggerunkan kerana kesan yang dibawanya kepada pesakit dan keluarga, apatah lagi kos perubatannya terlalu tinggi.

5. Mungkin disebabkan kosnya yang tinggi, muncul perlbagai rawatan alternatif yang belum terbukti secara klinikal. Banyak herba yang didakwa boleh menyembukan kanser dan dibuat penyelidikan oleh Universiti tetapi kemudian lenyap begitu saja seperti hempedu bumi, bintangor, keladi tikus, dan terbaru pokok rerama. Kita berdoa agar ubat sakit kanser akan ditemui nanti.

Monday, July 27, 2015

Ke Unit Kecemasan Lagi

  •  27 Julay 2015, ku mengajak anak bongsuku ke Klinik Kesihatan Bachok kerana telah sebulan dadaku sakit dan ia semakin sakit tiga hari lepas. 
  • Misi mengarahkan ku menjalani prosedur ECG untuk mengesan jika ada masalah jantung.
  • Selepas menunggu sejam, ku dipanggil oleh doktor. Beliau menyatakan daripada graf ECG tiada menunjukkan ia berpunca daripada masalah jantung. Namun dia mengarahkan ku ke Unit kecemasan HUSM kerna untuk pengesahan lanjut.
  • Jam 12 tengahari ku sampai ke Unit Kecemasan HUSM, tercari-cari juga kerana ia berpindah ke Bangunan Baru. Tempat baru ni lebih selesa kerana ia lebih luas dan banyak bilik-bilik, tidak seperti dulu iaitu semua doktor  dan pesakit bersesak dalam satu bilik keculi bilik kes kritikal.
  • Sekali lagi ku menjalani prosedur ECG dan darah diambil. Kali keempat dicucuk baru dapat darah diambil.
  • Tidak lama kemudian sekali lagi ke menjalini ECG dan kemudian dipindahkan ke Wad Sementara. Di sana sekali lagi ECG dijalankan. Jam 8 malam baru doktor datang memaklumkan sakit dadaku bukan kerana masalah jantung tetapi akibat kanser perutku. Dia kan rujukku ke pakar bedah dan mencadangkan untuk dibuat OGDS(endoskopi) Sebenarnya ku dah fobia dengan endoskopi ni kerana tiub berkamera dimasukkan melalui mulut ke dalam perut. 
  • Ku dibenarkan pulang dan parking kereta mencecah hampir RM12, untung syarikat parking HUSM, dulu free je.
  • Tunggulah macam mana bila jumpa pakar Ahad depan.

Thursday, July 9, 2015

Pergi Sahabat Pesakit Kanser

8.7.15 ku ziarah sahabat ku yang meninggal kerana kanser payu daranya muncul semula. Sebenarnya ku terima panggilan dari kawan kelmarin tetapi ketika itu ku sedang temujanji dengan doktor pakar, ku tangguhkan hari ini.

Ku masih ingat pertama kali dia kena kanser pada tahun 2001, dia mengambil langkah awal dengan terus buang sebelah payu daranya. Masa itu, arwah isteriku juga menderita kanser payu dara tetapi disebabkan dia memilih rawatan kampung dan alternatif, bila dah teruk baru kimo, doktor akhirnya tidak meneruskan rawatan dan meninggal 2003.

Kawanku ini selepas bedah, dia bercuti dan dapat mengajar semula sehiggalah kansernya datang balik 2014 dan terpaksa dibedah sebelah lagi payu daranya. Ku beberapa kali berjumpa dia di klinik rawatan harian(daycare). Kali terakhir sebulan lepas,semasa bersembang dengannya  ku terpaksa mengalih tajuk perbualan  beberapa kali kerana air matanya mulai keluar. Hanya sabar yang mampu ku ucapkan walaupun ku sendiri kadang-kadang hilang kesabaran akibat terlalu lama sakit.

Susah juga ku cari rumahnya kerana terlalu banyak lorong walaupun ku pernah pergi sekali. Nasib baik jumpa seorang yang baik hati menghantarku ke rumahnya. Ku berbual dengan anak sulungnya yang juga bekas pelajar ku. 
Pemergiannya sungguh meninggalkan kesan di hatiku. Dia rakan sekelasku semasa di Tingkatan Enam dan Universiti. Ku masih ingat semasa ku sakit ketika sedang menuggu kemasukan Universiti, dialah satu-satunya rakan perempuan yang menziarahiku. Begitu juga dia selalu datang ke rumah menasihati arwah isteriku yang menderita kanser dulu. Kemudian, bila ku pindah ke SMK Bachok, kami menjadi rakan sekerja pula. 2006, bila ku pula sakit, dia ziarah pula ku. Kini hilanglah seorang sahabat yang sama-sama berjuang untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini.

Damailah sahabatku di alam sana, nasibnya agak baik kerana tidak menderita lama untuk serangan kali kedua. Moga dia diampunkan Allah dan diletakkan bersama para solehin.
Allahummaghfirlaha waafiha wa'fuanha. 

Temujanji Dengan Dua Pakar.

7.72015  sepatutnya cuma ambil darah dan apabila keputusan darah normal, boleh ambil ubat Nexavar. Namun Msis yang bertugas bahagian order ubat suruh jumpa Dr. Murali(Pakar Kanser) kerana doktor sebelum ini  ada cadang saya tukar ubat baru iaitu Stivarga. Disebabkan di klinik onkologi hanya ada seorang pakar kanser kerana Prof. Biswal telah berpindah ke KPJ Ipoh, maka ku terpaksa menunggu lama dari jam 8.30 hingga jam 12.00 tengahari.

 Selepas diteliti fistula, ku dihantar ke Klinik Bedah. Dr. Maya melihat rekod fistulgram dan menyatakan fistula yang ada di dadaku bersambung dengan usus besar yang melekat di dinding perut. Dia akan berbincang dengan beberapa orang pakar bedah sebelum membuat keputusan. 

Ku dalam dilema, kalau bedah, adakah akan sembuh fistula  ku atau timbul masalah lain pula dengan ususku.

Sebulan lagi akan jumpa semula pakar bedah.

Thursday, May 14, 2015

Lawatan Folower








Terima kasih Pn.Norli, suami dan emak saudarinya yang sudi menziarahi saya.

Tuesday, May 5, 2015

Kanser Yang Penuh Kontroversi

  • . Bukti arkeologi menunjukkan kanser telah dihidapi oleh manusia sejak zaman Firaun lagi. Kalau dalam masyarakat Melayu Kelantan mereka memberi pelbagai nama seperti barah, "orang baik" dan entah apa-lagi. Biasanya ia dirawat dengan herba seperti pokok sarang semut, kulat susu harimau, Raja Satung dan sebagainya.
  • Kini pelbagai herba didakwa boleh mengubat kanser seperti keladi tikus,pokok rerama, biji aprikot, ekstrak nenas(brombolin(ejaan tak pasti), buah durian belanda yang dikatakan 1000 kali lebih kuat dari kemoterapi ( dikata pembohong oleh drzubaidi.blogspot.com).
  • Ini belum termasuk produk-produk kesihatan yang berlambak dengan pelbagai dakwaan.
  • Sebenarnya berdasarkan pengalaman arwah isteriku dulu yang menjalani rawatan alternatif sebelum mendapat rawatan hospital, ku kurang tertarik walaupun ada juga yang ku cuba bila terdesak.
  • Penjual produk terakhir ialah air kangen, tetapi bila diuji airnya dan air penapis saya hampir sama pHnya, saya cuma minum air saya, kerana penapis airnya beribu juga. Saya tertarik dengan group ini https://www.facebook.com/pages/Pseudoscience-Watch/402738909901198?fref=ts

Jumpa Teman Lama

  • Hari ini ku keluar awal menunggu kereta sewa(teksi) di hadapan rumahku kerana jika lambat susah nak dapat kereta. Awal pagi kereta agak mudah dapat kerana pada masa inilah mereka mengambil pelajar sekolah atau para pekerja pejabat atau peniaga. 
  • Nasib ku baik kerana tak lama menunggu telah dapat teksi dan bila sampai ke hospital terus ambil darah dan kemudian baru bersarapan.
  • Sementara menunggu keputusan darah dari makmal, ku ambil ubat gastrik di farmasi.
  • Bila ku pergi untuk mendapatkan keputusan ujian darah, ku jumpa rakan sekelasku dulu dan kemudian menjadi rakan sejawat di sekolah . Dia pernah membuang sebelah payudaranya akibat kanser payudara pada tahun 2000. Kini sebelah lagi payudaranya terpaksa dibuang kerana kanser merebak. "Nasib kita serupa" katanya. " Sabarlah, dah nasib kita" ku cuba mententeramkan dia walaupun ku juga sebenarnya agak tertekan. 
  • Dia dimasukkan darah sebelum dikemoterapi kerana mungkin kekurangan darah.
  • Kelmarin ku dikunjungi oleh pembaca blogku. Ayahnya baru saja meninggal dunia akibat kanser limpoma. Katanya blogku banyak yang boleh dikongsi oleh pesakit kanser. Ku harap juga begitu.
  • Ahad lepas ku ziarah rakan sejawat yang terpaksa dipotong kakinya kerana kencing manis. Begitulah perjalanan hidup ini, semuanya dah ditentukan, kita cuma berusaha sekadar termampu.
  • Jam 11.00 pagi, result darah keluar dan ku dibenarkan untuk sambung makan ubat Nexavar. 
Sekian, Wassalam.

Sunday, January 25, 2015

Peringkat Penyakitku

  • Bulan Januari hampir penghujungnya, Ubat kemoterapi yang sepatutnya ku makan telah habis kerana bekalannya belum tiba. Maknanya sebelum ubat Nexavar sampai, ku rehatlah dariapada memakan ubat yang mahal tu...............
  • Masalahnya sekarang fistulaku(lubang yang bersambung ke perut)  selalu sakit terutama apabila lubang tempat keluarnya cairan daripada perut tertutup. Apabila ianya tertutup, kerana terlalu sakit, terpaksalah ku tebuk sendiri menggunakan jarum.
  • Ku pernah makan jus epal yang dicampur dengan 100 helai daun belalai gajah tetapi selapas memakannya , lubang tertutup dan akibat sakit melampau, maka ku berhentilah.
  • Sebenarnya dah banyak yang ku cuba rawatan alternatif untuk mengubat penyakitku. Antaranya: 
  1. Air zam-zam, air pertama ku minum selepas pembedahan.
  2. Alphalipid - Diperkenalkan oleh seorang nazir yang melawat sekolahku. Ku makan lima tin yang berharga Rm150.00 setin. Penjual tu beritahu anaknya kanser payu dara dan bila ambilnya ia beransur sembuh. Mungkin ia ketumbuhan biasa kerana ia tak buat biopsi di hospital sedangkan ku makan, sel kanser makin merebak apabila di buat ct- san. Maka ku berhenti memakannya terutama selepas ku mula makan ubat kimo Glivec kerana doktor bimbang ubat itu akan kurang berkesan kalau dimakan dengan ubat tambahan lain.
  3. Apabila penyakitku tak juga sembuh, ku makan pula Susu kuda asli yang berhanrga rm10.00 sebtol saiz vitagen, entah berapa botol ku tak ingat lagi dah. Ku juga makan kapsul susu kuda.
  4. Madu haula, jus Mahabbah dan talbinah.
  5. Telur Penyu
  6. Keladi tikus dalam bentuk kapsul
  7. Ayam organik HPA
  8. Labu Kayu
  9. Bunga kenerak
  10. Buah juju
  11. Daun belalai gajah
  12. Aprikot 
  13. Susu lebah(Royal jelly)
  14. Buah goji
  15. Minyak ikan
  16. Hari ini tukang urutku memperkenalkan air Kangen, RM15 sebotol, ku cubalah walaupun ku dah ada mesin penapis air Swisspro.
  •  Kini yang terus ku amalkan ialah susu kambing dan kadang-kadang ku makan royal jelly dan minyak ikan serta buah goji.
  • Tujuan ku bercerita di sini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan pesakit yang menghadapi penyakit yang sama dan mungkin kita boleh berkongsi derita agar keperitan sakit ini berkurangan.  
Gambar perkembangan bisulku.




 Gambar di atas ialah bisul yang membengkak sebelum pecah.



 Gambar di atas ialah bisul selepas pecah dan dihiris oleh doktor sel-sel yang mati ditepinya.Sangat menyakitkan.




 Gambar di atas ialah cecair yang keluar daripada bisul ddanterpaksa dicuci di klinik berhampiran setiap hari. Hampir sebulan berulang-alik sebelum ku cuci sendiri.


 Gambar di atas menunjukkan bisul dah semakin sembuh tetapi lubangnya tidak tertutup dan cecair dan darah selalu keluar melaluinya. Doktor telah memasukkan tiub melalui dan mendapati ia bersambung dengan perut dan cecair yang keluar adalah zat-zat makanan. Biopsi yang dibuat menunjukkan ianya adalah sel -sel kanser yang merebak.Apabila lubang itu tertutup ia begitu sakit kerana cecair dari perut tersekat untuk keluar. 

Moga Allah memberi yang terbaik mengikut ilmuNya untuk ku dan untuk semua pesakit kanser.

Amin..........................




























Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

  • Tahun 2014 telah meninggalkan kita. Banyak peristiwa pahit manis tahun 2014.
  • Sudah ramai orang yang tahu negara kita menghadapi musibah, tetapi sebagai kenagan ku turunkun juga:
  1. Kehilangan Pesawat MH 370
  2. MH 17 ditembak jatuh 
  3. Air Asia jatuh di Laut Jawa

  • Diriku pula, Alhamdulillah masih bertahan. Tahun ini ku makan ubat jenis ketiga jenama Nexavar, seblum ini Sutent dan sebelumya lagi Glivec.
 Moga Allah sembuhkan penyakit ini dan memberi kekuatan kepada ku untuk beramal ibadat padaNya.

Friday, November 7, 2014

Makan Ubat Kimoterapi Nexavar kali ke-2


  • Ubat Nexavar hanya tinggal sehari lagi bagi bulan kedua. Hari Isnin depan ku akan ke HUSM sekali lagi berjumpa pakar Oncology, ambil darah dan yang paling penting ambil ubat Nexavar untuk bulan ke-3. Ku juga perlu memohon untuk tiga bulan berikutnya dengan JPA.

  • Ingin saya kongsi pengalaman makan ubat Nexavar. Harga ubat ini RM20,000.00 untuk sebulan makan tetapi saya dapat percuma dari JPA. Saya makan 2 bji (400mg) pagi sebelum makan dan 2 biji malam. Kesan sampingannya tidaklah sekuat ubat dahulu iaitu Sutent, cuma kaki saya melepuh, begitu juga jari tangan, untungnya tiada ulser di mulut. 

  • Kesan yang agak berat ialah badan terlalau letih hingga terpaksa gagahkan diri untuk ke manan-mana.

  • Bulan Nov. kedua-dua anakku balik dari IPTA, tidaklah sunyi sangat rumah, sebelum ini kami berdua saja di rumah. 

  • Malang tidak berbau, kedua anakku ke Kota Bharu dan dalam perjalanan balik, motosikal mereka dilanggar motosikal di simpang. Motosikal rosak teruk dan kedua anakku cedera ringan. Tuan punya motor menanggung kos pembaikan kerana salah dia.

  • Dua hari kemudian semasa menghantar anak sulung ke U, ku dapat berita anak saudaraku di Pahang meninggal dunia. Maka bergegas ku  Pahang membawa bersama ibu dan ayah. Kereta dipandu isteri. Biasanya anakku yang pandu tetapi kerana tangan masih sakit akibat kemalangan, dia tak dapat pandu.

  • Kesian sungguh adikku, tahun lepas suaminya meninggal, tahun ini anakknya yang baru kawin pula meninggal, anak sulung pula terpaksa menjalani dialisis 3 kali seminggu.

  • 3 hari lepas, biawak masuk ke rumahku dan terus masuk dalam tandas, ku minta tolong kawan tolong tarik keluar tapi tak berjaya. Ku masukkan klorox dalam lubang tandas bagi ia mati, masa nak solat subuh, ku lihat dia keluar tandas tetapi kerana ekornya  ku ikat, ia tak dapat lari. Ku pukul dan buang saja biawak yang menyusahkan. Biawak memang banyak di sekeliling rumah kerana rumahku ditepi sungai, tetapi taklah menyursahkan begini.

Tuesday, August 19, 2014

Alhamdulillah Syukur PadaMu Ya Allah


  • Alhamdulillah, minggu ini merupakah minggu yang sungguh mengembirakan ku dan isteri kerana akhirnya dapat juga melihat kedua-duanya anak lelaki ku menjejakkan kaki ke menara gading. Anak sulungku telah diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg.Malim dengan sijil STPM nya. Anak bongsuku dahpun belajar Asasi Sains di UIAM. Kini ku berdoa moga kedua-duanya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan mendapat kerjaya yang menjamin masa depan mereka. 
  • Isteriku pula menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk kali kedua dalam perkhidmatannya. Ku cuma tumpang gembira kerana tidak lagi berpeluang kerana dah bersara awal.
  • Kembali kepada penyakitku, keadaannya masih seperti dulu, bisul di dadaku tidak sembuh-sembuh, selalu diserang gastrik dan badan selalu letih. Namun bila ku rasa sihat ku akan membersihkan kawasan rumahku yang agak luas.
  • Semasa ku sihat dulu ku suka berkebun pada sebelah petang jika tidak ada ko-kurikulum sekolah. Ku tanam rambutan, dokong, durian, salak, pokok kantan, betik di samping landskap di depan rumah. Ku beli mesin rumput untuk membersih kawasan tanahku yang hampir seekar.
  • Tahun ini buah rambutan ku lebat berbuah, ku tak jual pun, cuma sedekah kepada saudara mara dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah dengan syarat mereka kena petik sendiri kerana ku tak berapa larat nak petiknya.
  • Durian juga berbuah tetapi asyik berebut dengan tupai kerana di kawasanku tak banyak pokok durian, jadi durianku yang menjadi sasarannya. Tak apalah, ku bukannya nak jualpun.
  • Pokok dokongpun lebat berbuah tetapi belum masak.
  • Ku makan juga sikit walaupun ada orang kata perlu pantang makan buah bermusim tetapi ku lebih percaya kepada pakar pemakanan.
  • Sekian. Wassalam.