Wednesday, September 5, 2012

H Pylori Musuh Utama Kanser Perut

Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
H pylori musuh utama kanser perut
Bakteria H pylori
H pylori musuh utama kanser perut
Golongan wanita memainkan peranan di dapur dalam penyediaan makanan. - Gambar hiasan
Wanita sering kali ditugaskan untuk menyediakan makanan harian, menjaga kesejahteraan keluarga dan bertanggungjawab di dalam memelihara kebersihan dan ketenteraman kediaman.

Walaupun begitu banyak masa dan penjagaan diluangkan bagi memainkan peranan ini, kajian telah menunjukkan wanita adalah sumber utama penyebaran sejenis bakteria yang dilabel sebagai karsinogenik tahap pertama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bakteria ini dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori).

H.pylori adalah penyebab utama gastritis kronik dan ulser gastrik.

Bakteria ini adalah musuh utama bagi kanser perut, kata Dr Vagif Soultanov, pakar gastroenterology yang terkemuka dan pengamal terapi semula jadi daripada Australia.

Beliau telah menerbitkan beberapa kerja penyelidikan di dalam bidang ini dan H pylori digambarkan sebagai pertimbangan utama bagi kanser perut.

Pengecaman kaitan antara jangkitan H pylori dan penyakit ulser peptic dan kanser perut adalah penemuan utama di dalam bidang gastroenterology.

Jangkitan H pylori menyebabkan gastritis kronik, sejenis keradangan pada perut yang berlarutan, serta boleh membawa kepada gastritis atrofi (luka pra-kanser), permulaan pada kanser perut.

Malah, jangkitan H pylori telah diisytiharkan oleh WHO sebagai karsinogen tahap pertama dalam perkembangannya kepada kanser perut.

Lebih memeranjatkan adalah jangkitan ini merebak secara meluas.

Lebih daripada 50 peratus daripada populasi dunia (lebih daripada 3 bilion orang) sudah pun dijangkiti (lazimnya di zaman kanak-kanak) menjadikannya satu daripada jangkitan yang merebak dengan meluas di dalam dunia.

Sekiranya tidak dirawat, mereka yang pernah dijangkiti H pylori adalah enam kali lebih berkemungkinan membentuk kanser perut.

Pada lazimnya jangkitan H pylori adalah sama di kalangan lelaki dan wanita.

Kajian menjelaskan bahawa ibu yang dijangkiti adalah adalah sumber utama bagi jangkitan kalangan kanak-kanak.

Jangkitan H pylori mungkin disalurkan melalui makanan atau air yang tercemar, linen atau mainan.

Keadaan sesak di negara membangun seperti Malaysia membentuk sentuhan yang lebih rapat antara ibu, anak dan kalangan adik-beradik.

Ini mungkin sebab utama kepada kadar jangkitan di tahap tinggi dilaporkan.

Tambahan pula, di negara membangun, golongan bapa adalah sumber pencari nafkah utama dalam keluarga, menjadikan mereka kurang bersentuhan dengan anak.

Ini adalah mengapa jangkitan H pylori kebanyakannya dikaitkan dengan ibu.

Isyarat membimbangkan

Kanser perut bukanlah sesuatu yang berlaku semalaman.

Ia dapat mengenal pasti isyarat yang membimbangkan daripada perut anda adalah pertimbangan penting bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius pada kemudian hari.

Gastritis adalah keradangan atau kerengsaan pada dinding perut. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba atau berperingkat.

Simptom termasuk sakit perut yang sering kali digambarkan seperti rasa panas pada bahagian abdomen atas pusat yang dikaitkan dengan kembung, sendawa dan kehilangan selera makan.

Simptom sering kali berlaku selepas makan dan kebanyakan pesakit bangun pada pagi hari dengan kesakitan pada bahagian abdomen. Pada kebanyakan pesakit, tidak terdapat sebarang simptom dan ini adalah mengapa ujian H pylori melalui darah atau nafas disarankan bagi mengenal pasti status jangkitan.

Walaupun kebanyakan pakar perubatan bersetuju bahawa jangkitan H pylori mesti dirawat bagi mencegah padah yang lebih buruk pada masa akan datang, rejim penjagaan standard kini bukanlah tanpa cabaran. Antara permasalahan yang timbul daripada terapi termasuklah:

Rintangan antibiotik - dengan meningkatnya penggunaan antibiotik, keberkesanannya dikompromikan memandangkan bakteria telah membina ketahanan bagi mengatasi keberkesanan antibiotik.

Tahap pematuhan pesakit yang rendah - dengan beberapa rejim rawatan yang memerlukan pesakit mengambil sehingga 17 tablet sehari dan kehadiran kesan sampingan, pesakit sama ada malu atau tercicir daripada rawatan lalu memburukkan lagi masalah rintangan antibiotik.

Penemuan kajian

Berasal daripada hutan pain di Rusia, ekstrak jejarum daun pain dikenali sebagai Bioeffective A telah membuahkan hasil. Diekstrak daripada sel hidup jejarum daun pain, Bioeffective A adalah nutraseutikal yang telah menunjukkan kesan efektif terhadap jangkitan H pylori

Dalam kajian terkini yang dijalankan di Pasteur Institute St Petersburg di bawah penyeliaan Profesor Anatoly Zhebrun, pakar yang terkenal di seluruh dunia di dalam bidang ini, Bioeffective A membantu mempertingkatkan fungsi perut dan mengurangkan luka pra-kanser pada perut.

Bioeffective A melakukannya melalui sifat antioksidanya yang unik, ciri-ciri anti-bakteria langsung dan sifat penyingkiran toksik yang membantu membentuk keadaan persekitaran yang kondusif bagi perut untuk pulih. Bioeffective A dikaji dalam tempoh 80 tahun.

Dengan profil terapeutik yang menarik, Bioeffective A hampir tidak memperoleh pengiktirafan dunia. Walaupun ia disenaraikan di dalam buku rasmi farmakologi sejak 1950-an, kajian ini dikawal ketat sebagai rahsia negara oleh Rusia yang dahulu dikenali sebagai Kesatuan Soviet.

Hanya melalui program pertukaran saintifik antara kerajaan  dengan Australia dan kejatuhan rejim politik sebelumnya yang membawa Bioeffective A kepada perhatian dunia.

Dr Vagif Soultanov adalah saintis generasi keempat yang terlibat dengan program kajian Bioeefectives.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau menggambarkan Bioeefective A sebagai bahan pemakanan yang berpotensi untuk merevolusikan cara merawat penyakit di masa kini.

Sangat berkait rapat dengan “ibu hos” bagi bakteria H pylori, wanita sepatutnya melakukan ujian ke atas diri mereka sekiranya simptom gastritis sudah berlarutan dan sering kembali.

Selain daripada mengekalkan standard kebersihan yang tinggi (seperti kerap mencuci tangan dan tidak berkongsi peralatan) suplemen semula jadi Bioeffective A membantu untuk membendung jangkitan sekali gus membantu wanita dan ahli keluarganya di mana sahaja untuk kekal bebas daripada masalah perut dan sentiasa berasa hebat.

Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan kepada pharmacist@nuvanta.com.

Sumber : Unit Nuvaceuticals,     Nuvanta Sdn Bhd

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya 1433H


 Hari Raya tiba lagi. Isteri sibuk dengan kueh raya dan baju raya, anak-anak sibuk dengan baju raya, ku cuma beraya dengan baju tahun lepas. Tiada serinya raya tahun ini kerana kesihatan ku semakin teruk. Puasa pun ku tak dapat laksanakan tahun ini.

Ku solat raya di surau kampungku. Tahun lepas ku yang baca khutbah tapi tahun ini ku cuma pendengar saja. Kueh pun ku tak sentuh di surau. Ku beraya di rumah ibu. Kemudian ku pulang ke rumah dan mulai terima tetamu. Isteriku menyediakan laksa penang untuk tetamu yang datang. Ku pula terpaksalah layan tetamu walaupun menahan kesakitan di dada.

Sehingga entri ini dah 6 hari ku tak makan nasi. Ku makan apa saja asalkan tak lekat(sangkut) di saluran makanan. Minum air pula menggunakan sudu agar tidak tersedak dan muntah.

30 Ogos ni akan buat endoskopi. Ini dah kali ke-5, kalau ikut, tak mahu rasanya tapi terpaksalah kerana nak dapatkan rawatan.

Ubat kimoterpi pula dah setahun setengah tak makan kerana kerenah birokrasi. Entahlah.

Sekian. Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

Thursday, August 9, 2012


Ujian Bertimpa-Timpa
5 Ogos 2012, ku ke klinik surgeri kerana temujanji. Doktor mahu menjalankan endoskopi untuk melihat keadaan di dalam saluran makanan dan perut kerana ku selalu muntah bila makan dan minum. Dada sebelah kanan pula selalu sakit. Prosedur akan dijalankan pada 30 Ogos 2012. Selepas mengambil ubat, ku pulang bersama ibu dengan kereta sewa. Ku tidak pulang ke rumah sendiri tetapi ke rumah ibu.
     Jam 2.00 petang isteri yang baru pulang dari sekolah datang mengambilku di rumah ibu. Bila kami pulang ke rumah, ku dapati pintu dapur terbuka dan pintu bilik utama juga terbuka. Kain baju berselerak. Rumah ku dipecah masuk. Pencuri mengumpil gril di sliding. Anggaran duit tunai dan barang kemas Rm6000.00. Ku buat laporan polis tetapi  sampai entri ini ditulis, mereka belum datang lagi. Keluarga datang menziarahi. Semoga Allah memberi hidayah kepada pencuri dan bertaubat.


Wednesday, August 8, 2012

Ramadan Penuh Cabaran


RAMADAN DATANG LAGI
Mengimbas kembali Ramadan sejak ku dibedah, ku masih ingat lagi pada tahun pertama ku dibedah, iaitu pada tahun 2007, ku dapat berpuasa penuh walaupun ketika itu ku bekerja. Pada tahun 2008 ku Cuma puasa separuh dan terus ditimpa sakit perut. Tuan 2009 merupakan tahun paling lama ku berada di dalm wad dan ku tak puasa langsung tahun tersebut kerana selalu sakit perut. KU telah bayar fidyah untuk puasa yang ku tinggalkan.
Tahun 2010 merupakan tahun yang penuh bahagia buat ku sejak ku sakit. Ku dapat bekerja semula setelah setahun lebih bercuti tetapi tahun ini ku masih tak puasa kerana bimbang sakit perut menyerang lagi apatah lagi pakar kanser juga tak setuju ku puasa. Alhamdulillah tahun ini dapat menunaikan haji dengan sempurna bersama isteri tersayang walaupun terpaksa menggunakan pakej kerana uzur. Sebenarnya ku sudahpun terpilih melalui Muassasah yang kosnya lebih murah.
Tahun ini kesihatanku kembali tidak stabil. Selalu sakit perut dan dada, bila menyerang terpaksalah ke unit kecemasan untuk menghilangkan sakit. Dah 3 kali tahun ini ke Unit kecemasan. Ikutkan hati tak mahu lagi ke hospital bila sakitnya dicucuk drip(jarum) untuk dimasukkan ubat kerana uratku telah kecil akibat kimoterapi.
1 Ogos 2012, sekali lagi ke Unit kecemasan kerna sakit dada. Seperti biasalah, ECG dan drip untuk masuk ubat. Dari pagi sampai petang ku ditahan di sana. Puasa tahun ini hanya dapat dilakukan 2 hari sahaja.

Monday, August 6, 2012

Hari Jadi


Hari Ulang Tahun Kelahiran
10 June 2012 adalah  hari jadiku yang 49. Sudah 5 tahun ku menderita penyakit kanser. Umur ku masih panjang walaupun mengikut doktor orang menghidap kanser jenisku hanya dapat bertahan 6 bulan sahaja.
 Hari ini ku cuba hadir ke sekolah setelah bercuti hampir 50 hari. Sebenarnya tubuhku masih lemah dan tak larat rasanya nak ke sekolah. Sampai di sekolah dengan dihantar oleh isteri(isteri mengajar di sekolah berhampiran) ku ke bilik guru dan bersalaman dengan beberapa orang guru. Ku ke pejabat sekolah bertanya tentang permohonan ubat Sutent. Rupa-rupanya surat dah sampai sebulan tetapi belum diproses. Entah bilalah akan dapat ubat tersebut.
Tiba masa ku ke kelas untuk mengajar. Ku masuk kelas tetapi tak larat lagi nak mengajar. Lambat rasanya masa nak pulang. Jam 2.15 ku pulang dan terus tidur lepas solat. Ku berbaring sepanjang petang dan malam. Sebelah malamnya ku berfikir sama ada nak ke sekolah atau ambil cuti.
Pada sebelah pagi isteri dan anak-anak sibuk nak ke sekolah. Ku jelaskan kepada isteri tak larat ke sekolah. Ku ke hospital mendapatkan cuti. Ku pergi dengan kereta sewa bersama emak. Nak pandu kereta tak larat. Doktor di klinik oncology beriku cuti panjang dan ku kini dalam proses medical board.
Kini ku mengalami masalah selalu sangkut makanan bila makan. Bila muntah baru lega dan barulah dapat makan semula. Ku juga sering sakit dada dan sakit perut. Dah beberapa kali ke Unit Kecemasan HUSM tetapi dibenarkan pulang bila sakit hilang. Kini bila sakit ku Cuma makan Celebrex dan jika masih tak berkesan ku makan pula Arcoxia(ubat tahan sakit)
Bagaimana nak menghadapi hari-hari seterusnya. Ku serahkan kepada Allah.

Wednesday, May 9, 2012

'One in six cancers worldwide are caused by infection'

Human papillomavirus particle Infection with human papillomavirus can cause cervical cancer

Related Stories

One in six cancers - two million a year globally - are caused by largely treatable or preventable infections, new estimates suggest.
The Lancet Oncology review, which looked at incidence rates for 27 cancers in 184 countries, found four main infections are responsible.
These four - human papillomaviruses, Helicobacter pylori and hepatitis B and C viruses - account for 1.9m cases of cervical, gut and liver cancers.
Most cases are in the developing world.
The team from the International Agency for Research on Cancer in France says more efforts are needed to tackle these avoidable cases and recognise cancer as a communicable disease.
'Preventable'
The proportion of cancers related to infection is about three times higher in parts of the developing world, such as east Asia, than in developed countries like the UK - 22.9% versus 7.4%, respectively.

Start Quote

Infection prevention ...could have a substantial effect on the future burden of cancer worldwide”
Dr Catherine de Martel and Dr Martyn Plummer
Nearly a third of cases occur in people younger than 50 years.
Among women, cancer of the cervix accounted for about half of the infection-related cancers. In men, more than 80% were liver and gastric cancers.
Drs Catherine de Martel and Martyn Plummer, who led the research, said: "Infections with certain viruses, bacteria, and parasites are some of the biggest and preventable causes of cancer worldwide
"Application of existing public-health methods for infection prevention, such as vaccination, safer injection practice, or antimicrobial treatments, could have a substantial effect on the future burden of cancer worldwide."
Vaccines are available to protect against human papillomavirus (HPV) - which is linked to cancer of the cervix - and hepatitis B virus - an established cause of liver cancer.
And experts know that stomach cancer can be avoided by clearing the bacterial infection H. pylori from the gut using a course of antibiotics.
Commenting on the work, Dr Goodarz Danaei from Harvard School of Public Medicine in Boston, the US, said: "Since effective and relatively low-cost vaccines for HPV and HBV are available, increasing coverage should be a priority for health systems in high-burden countries."
Jessica Harris of Cancer Research UK said: "It's important that authorities worldwide make every effort to reduce the number of infection-related cancers, especially when many of these infections can be prevented. In the UK, infections are thought to be responsible for 3% of cancers, or around 9,700 cases each year.
"Vaccination against HPV, which causes cervical cancer, should go a long way towards reducing rates of this disease in the UK. But it's important that uptake of the vaccination remains high. At a global level, if the vaccine were available in more countries, many thousands more cases could be prevented."

Monday, April 16, 2012

cuti panjang

Bermula 12 April hingga 24 Mei 2012 ku cuti panjang. tak larat lagi rasanya nak mengajar. Ku dalam dilema sama ada nak terus mengajar dalam keadaan tak larat atau nak bersara saja.

semoga Allah memberiku pilihan terbaik.

Saturday, March 17, 2012

Cuti Sekolah Yang Tiada Erti

Esok dah nak sekolah balik. Diri ini masih tak sihat. Seminggu cuti ku mengalami sakit dada dan demam. Pada 10 Mac, ku ke wad kecemasan kerana sakit dada. lepas dibuat ECG, didapati tiada masalah jantung. Kemudian doktor nak masukkan drip. Dua orang doktor dan dua orang MC cuba memasukkan drip (jarum ) untuk dimasukkan ubat tetapi tak berjaya. Kali ke-8 barulah serang MC lelaki berjaya m elakukannya. Ku nampak doktor gembira dengan kejayaan tersebut kerana mereka semua stress kerana tak berjaya berjaya melakukannya.

Ku diberikan ubat tahan sakit dan ubat gasrtrik. Dimasukkan juga air. selepas beberapa jam dibenarkan balik.
Sakit dada belumlahlah hilang sepenuhnya. Ku ambil tramadol yang bekalkan.

Kemudian diserang pula demam. Disebabkan  ada gastrik, ku guna ubat suppositori.

nampaknya terpaksa  berhernti di sini kerana badan dah tak larat. Semoaga Allah memberiku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hiduo ini.

Thursday, March 1, 2012

Redalah Dengan Qada dan Qadar Allah

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Suatu hari al-Imam Sufyan al-Thawri berdoa: “Ya Allah aku memohon keredaan-Mu.” Tiba-tiba Rabi’ah menegur beliau: “Apakah engkau tidak malu meminta reda-Nya sedangkan engkau sendiri belum reda kepada-Nya?” Lantas Sufyan menangis sambil mengucapkan lafaz istighfar berulang-ulang.
Rabi’ah pernah ditanya oleh seorang muridnya: “Bilakah seseorang itu reda kepada Allah?” Beliau menjawab: “Apabila kegembiraannya datang ketika dia ditimpa musibah sama seperti ketika dia mendapat nikmat.” Begitulah dalamnya ‘hubungan hati’ seorang hamba kepada Allah SWT. Kadang-kadang kita tak mahu sesiapapun terguris hatinya oleh tangan kita, tetapi pernahkah kita terfikir siapakah yang sesungguhnya paling banyak disakiti oleh perbuatan kita? Allah SWT Maha Sabar dan Maha Lembut kepada hamba-hamba-Nya, berulang kali kesalahan yang sama dilakukan oleh seorang hamba namun Dia Maha Pengampun, Penyayang dan Pemurah. Dosa-dosa kita dibalas dengan kurniaan nikmat dan limpahan rahmat.
Hubungan hati seorang hamba dengan Allah SWT terjalin dengan ikatan reda. Reda kepada Allah SWT bermakna menerima qadak dan qadar yang ditentukan oleh-Nya ke atas diri kita. Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Aku tidak kisah bagaimana keadaanku pada waktu pagi dan petang, sama ada dalam kesulitan atau kelapangan.” Di dalam hadis qudsi Allah SWT berfirman melalui sabda baginda SAW yang bermaksud: “Mengapakah para kekasih-Ku bersedih terhadap dunia? Sesungguhnya sedih kerana urusan dunia dapat menghilangkan manisnya bermunajat kepada-Ku daripada hati mereka.”
Tidakkah kita malu merungut atas ketentuan Allah SWT? Tusukan-tusukan duri di dalam hati sememangnya menyakitkan, melalui pergaulan kita dengan orang lain tentunya ada yang mengecewakan, melukakan bahkan mencabar kesabaran. Tidakkah kita sedar semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT? Kena marah suami, dengar leteran isteri, kena sindiran bos, melayan kerenah anak-anak, masalah orang gaji, ibu bapa yang uzur, kawan-kawan yang dengki dan pelbagai masalah dalam pergaulan yang memberi tekanan kepada jiwa dan perasaan kita.
Mengapa seorang mukmin dituntut untuk bersikap reda? Hakikatnya syariat Allah SWT disusun untuk mengatur perjalanan hidup manusia. Allah SWT menyediakan ubat untuk manusia hidup bahagia. Tanpa ubat ini mereka akan sakit dan tertekan oleh cabaran duniawi yang pasti takkan sanggup mereka tanggung. Ubat itu adalah ibadah kepada Allah SWT. Benarkah ibadah menjadi jalan keluar bagi masalah tekanan jiwa?
Ibadah dalam Islam meliputi dua aspek yang saling berpengaruh antara satu dengan yang lainnya. Ibadah zahir seperti sembahyang, puasa dan haji. Dan ibadah batin atau hati iaitu melalui sifat reda, sabar, tawakal, syukur, malu, takut dan harap kepada Allah SWT. Tanpa ibadah batin seseorang akan merasa kekosongan dalam melakukan sembahyang atau terpaksa berpuasa dan menunjuk-nunjuk ketika mengeluarkan zakat. Tiada kenikmatan dan kemanisan jika melakukan ibadah zahir tanpa disertai ibadah batin. Zahir akan berkualiti jika batin turut berkualiti. Demikian juga halnya dengan kekuatan tubuh badan yang pada hakikatnya bergantung kepada kekuatan hati. Pakar ahli psikologi banyak melakukan kajian tentang mentaliti sihat boleh memberi kesan kepada kesihatan jasmani.
Apabila jiwa reda, hati lapang dan wajah berseri, segala sesuatu pasti akan dapat terkawal dengan baik. Melalui ibadat hati ketenteraman akan dirasa, tetapi ia tidak semudah yang dibayangkan. Ia perlu kepada mujahadah dan mengikut proses tarbiyah ruhiyah yang jalannya mendaki tinggi. Sesungguhnya reda kepada Allah SWT adalah satu pintu daripada pintu-pintu cinta kepada Allah SWT. Bukankah seorang kekasih sentiasa reda ke atas perbuatan kekasihnya?
Reda bukan bermakna menyerah dan berputus asa kepada takdir, tidak mahu berusaha dan berikhtiar untuk mendapat kebaikan dalam kehidupan seterusnya. Sifat begini sungguh bertentangan dengan hakikat reda yang diamalkan oleh Baginda SAW. Sepertimana perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah: ”Rasulullah SAW meminta rasa reda sesudah berlaku takdir kerana pada saat itu telah demikian nyata hakikat reda, sedangkan reda sebelum berlakunya takdir yang sedemikian itu hanyalah tekad dan keinginan untuk reda apabila takdir berlaku kepada diri baginda SAW nanti. Kerana sesungguhnya hakikat reda adalah sesudah berlakunya takdir yang ditentukan.”
Reda juga bermakna tidak menentang apa yang ditentukan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya, bahkan tidak sedikitpun mengeluh atau mempunyai keinginan terhadap sesuatupun selain apa yang telah ditakdirkan oleh-Nya. Umar bin Abdul Aziz pernah berdoa: ”Ya Allah jadikanlah aku reda dengan qadak-Mu dan berikanlah keberkatan di dalam qadar-Mu sehingga aku tidak suka mendahulukan sesuatu yang Engkau akhirkan dan mengakhirkan sesuatu yang Engkau dahulukan.”
Mengapa seorang hamba sanggup mencela Tuhannya dengan mengatakan: ”Alangkah baiknya kalau Tuhanku tidak mentakdirkan ini, alangkah baiknya kalau hal ini tidak terjadi.” Bagaimana boleh dikatakan ia reda jika dia mencela sesuatu pada penciptaan Allah sedangkan Allah tidak mencela ciptaan-Nya sendiri.
Cukuplah bagi kita peringatan daripada al-Quran yang bermaksud: ”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.” Surah al-Baqarah ayat: 216
Sumber :- http://drjuanda.com/

PERMOHONAN SAMBUNGAN UBAT KIMOTERAPI


PERMOHONAN SAMBUNGAN UBAT KIMOTERAPI
22 Feb.2011 adalah temujanji dengan klinik SOPD tetapi malangnya  doktor tiada kerana semua mereka terlibat dengan seminar. Pihak hospital pula tidak maklumkan kepadaku sedangkan bekalan ubat gastrikku hampir habis. Ku dinasihatkan ke Klinik pesakit luar tetapi malang sekali lagi kerana ia dah tak terima pesakit kerana melebihi kuota pada hari itu. Ku fikir cara penyelesaiannya dan akhirnya ku ke klinik Onkology. Alhamdulillah mereka terima pendaftaranku dan ku dapatkan ubat gastrik daripada doktor Oncology.
24 Feb.2012 ku terima telefon daripada Jabatan Kebajikan HUSM meminta ku datang mengambil borang permohonan mendapatkan ubat Sutent. Selepas tamat persekolahan ku bergegas ke HUSM bimbang pejabat tutup. Ku lihat kos ubat untuk 3 bulan ialah RM53,700.00.
Esoknya ku hantar surat permohonan ke pihak sekolah. Entah bila ubat akan diluluskan tak tahulah. Sebenarnya ku agak serik makan ubat Sutent yang dipohon kerana kesan sampingan terlalu teruk hingga ku tak dapat berjalan kerana lebam tapak kaki, ulser mulut dan keletihan melampau.
Kesihatanku sekarang pula bukanlah sihat sangat. Badan selalu letih hingga ku tak dapat berjemaah di masjid, Cuma hari Jumaat ku paksa diri juga ke masjid. Ku juga paksa diri ke sekolah untuk mengajar, nak pencen pun rasanya masih boleh lagi ke sekolah. Kalau teruk sangat mungkin terpaksalah pencen awal. Ku serahkan kepada Mu Ya Allah.

POHON SUMBANGAN DERMA MASJID


POHON SUMBANGAN DERMA UNTUK MEMBINA BANGUNAN MASJID,ASRAMA PELAJAR & GURU TAHFIZ
Kompleks Tarbiyah Tajul Ariffin, Lot 1061, Jln. Kg.Sungai Baru, Kg.Paya Mengkuang, Perupok, 16300 Bachok,Kelantan akan membina kompleks Pengajian Tahfiz dan memohon derma dari anda semua. Anggaran kosnya RM1,261,000.00.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui Bank Islam Malaysia(BIMB) atas nama  TQN Care Enterprise No.AK: 3036010053479. Manakala bahan binaan boleh dihantar terus ke alamat di atas. Sebarang pertanyaan boleh hubungi tel: 019—9489094.
Keperihatinan dan sumbangan Yb.Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W “SESIAPA YANG MEMBINA MASJID DENGAN HATI YANG IKHLAS KERANA ALLAH TAALA, NESCAYA ALLAH MEMBINA UNTUKNYA MAHLIGAI DI SYURGA”H.R.MUSLIM.
USTAZ MUHAMAD SHARIFUDDIN BIN NOH
PENGARAH
Kompleks Tarbiyah Tajul Ariffin
Kg.Paya Mengkuang,
Bachok,Kelantan.

Monday, January 30, 2012

LAWATAN ALUMNI SMK BACHOK

Jumaat 27 Januari , ku terima panggilan dari kawan lama di SMK Bachok, katanya ada bekas pelajar Form 6 nak datang ziarah. Kebetulan hari ini ku kurang sihat, dadaku terasa sakit, mungkin gejala gastrik dan paling ku takut jika jantung. Dulu gejala yang sama melandaku dan bila dibuat ECG tak menunjukkan gejala jantung.

Jam 5 petang mereka datang, rupa-rupanya bukan pelajarku tetapi Ahli Alumni Smk Bachok (Essemby Club). Sebenarnya kelab ini ditubuhkan oleh ku dan kawan-kawanku pada tahun 2002 dan selepas 3 tahun ia berkubur dan kini ada yang nak teruskan balik, baguslah.

Sepanjang lawatan itu banyaklah ceritanya dan yang paling menarik kisah seorang pesakit kanser. Sebenarnya ku pernah berjumpa dengannya di klinik oncology kerana ia mengalami kanser paru-paru. Dia menangguhkan kimoterapi untuk mengandung dan mendapat anak. Selepas bersalin baru kimoterapi. Beliau bertugas balik sebagai guru namun beliau terus diberi tugas-tugas seperti sebelum sakit. Akhirnya hari ini baru ku tahu dia telah kembali ke rahmatullah.
Terima kasih kepada Essembee Club kerana menziarahi ku.

Pada sebelah malamnya sakit dadaku semakin kuat. Akhirnya ku ke Unit Kecemasan HUSM  dan seperti biasa dimasukkan drip, nasib baik 2 kali cucuk sajaUbat dimasukkan melaluinya. ECG juga dibuat Dari jam 9.30 malam, 7 pagi baru pulang. Ku cuma dibekalkan Tramadol, dan Nexium(gastrik).

Hari Ahad dan Isnin ku cuti sakit. Semoga selepas ini tak perlu cuti sakit lagi.