Monday, January 30, 2012

LAWATAN ALUMNI SMK BACHOK

Jumaat 27 Januari , ku terima panggilan dari kawan lama di SMK Bachok, katanya ada bekas pelajar Form 6 nak datang ziarah. Kebetulan hari ini ku kurang sihat, dadaku terasa sakit, mungkin gejala gastrik dan paling ku takut jika jantung. Dulu gejala yang sama melandaku dan bila dibuat ECG tak menunjukkan gejala jantung.

Jam 5 petang mereka datang, rupa-rupanya bukan pelajarku tetapi Ahli Alumni Smk Bachok (Essemby Club). Sebenarnya kelab ini ditubuhkan oleh ku dan kawan-kawanku pada tahun 2002 dan selepas 3 tahun ia berkubur dan kini ada yang nak teruskan balik, baguslah.

Sepanjang lawatan itu banyaklah ceritanya dan yang paling menarik kisah seorang pesakit kanser. Sebenarnya ku pernah berjumpa dengannya di klinik oncology kerana ia mengalami kanser paru-paru. Dia menangguhkan kimoterapi untuk mengandung dan mendapat anak. Selepas bersalin baru kimoterapi. Beliau bertugas balik sebagai guru namun beliau terus diberi tugas-tugas seperti sebelum sakit. Akhirnya hari ini baru ku tahu dia telah kembali ke rahmatullah.
Terima kasih kepada Essembee Club kerana menziarahi ku.

Pada sebelah malamnya sakit dadaku semakin kuat. Akhirnya ku ke Unit Kecemasan HUSM  dan seperti biasa dimasukkan drip, nasib baik 2 kali cucuk sajaUbat dimasukkan melaluinya. ECG juga dibuat Dari jam 9.30 malam, 7 pagi baru pulang. Ku cuma dibekalkan Tramadol, dan Nexium(gastrik).

Hari Ahad dan Isnin ku cuti sakit. Semoga selepas ini tak perlu cuti sakit lagi.

Thursday, January 19, 2012

Temu Janji Pertama Oncology 2012

Hari ini ku ke klinik Oncology yang entah keberapa kali pun dah ku lupa. Sedar tak sedar dah 5 tahun ku menghidap kanser. Dah hampir 3 minggu badan rasa lemah, sakit seluruh tubuh, namun ku gagahkan diri memandu dan sampai di HUSM kena parking kat luar kerana parking di dalam hospital telah penuh. Selepas ku daftar, ku mencari Pn.Asmat, kaunselor kanser dan akhirnya ku temuinya sedang menjual buku Prof. Hasanah Che Ismail kepada seseorang.Pucuk dicita ulam mendatang. Ku terus membeli buku tersebut kerana telah lama ku nanti kemunculan buku Doktor Psikologi Kanser ini.


Nama dipanggil dan ku berjumpa dengan Pakar kanser. Prof.Biswa. Pemeriksaan rutin saja, dan ku maklumkan belum dapat ubat Sutent kerana pihak Kebajikan HUSM masih memprosesnya.Bila ku beritahu badan selalu letih, dia maklumkan kanser yang memakan nutrien. Baru sebentar tadi ku serahkan  di pejabat kebajikan, tak tahulah, .Ku diarahkan Prof.Biswal melakukan x-ray bila ku beritahu dadaku sakit. Alhamdulillah tidak ada masalah.

Sebaik saja pulang ku tersu baring kerana terlalu letih. Moga Allah memberi ku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Tuesday, January 10, 2012

BELI BUKU MENGENAI KANSER DARIPADA PENULIS(Dr.Hasanah)

Beli Buku Daripada Penulis

Bayaran sebanyak RM38 ringgit [Buku: RM30; Pengiriman: RM8]
HASANAH BINTI CHE ISMAIL
e-mail kan butiran diri nama/alamat/no. talipon dan bank pembayaran yang diingini ke:
Tempahan akan diproses setelah bukti pembayaran di emailkan
Hantaran dibuat pada hari Ahad - Khamis
 Maklumat lanjut mengenai buku - KLIK di bawah:
 Kanser Payudara: Teman Ke Akhir Hayat




Saturday, January 7, 2012

Bagaimana Berinteraksi Dengan Pesakit Kanser

Bagaimanakah anda berinteraksi dengan seorang yang telah mengalami kanser?
Oleh: Dr Evelyn Ho Lai Ming

Berikut adalah beberapa pengajaran yang saya telah mendapati setelah mendengar ceramah yang telah dipersembahkan oleh seorang yang mengalami kanser, Ranjit Kaur.

Mari kita cuba teka siapa antara semua orang di gambar pada sebelaha kiri telah mengalami kanser payudara. Tentu sekali, anda tidak dapat berbuat demikian.  
Semua orang di gambar tersebut adalah penghidap kanser payudara kecuali 3 orang. Mereka yang menghidap kanser payudara dengan yang tidak, sama kecuali pilihan pakaian, jantina, rupa, warna kulit dan saiz!! 
Walau bagaimanapun, perjalanan mengatasi kanser bukan sesuatu yang senang dan kita tidak ingin memberi pandangan kepada orang ramai bahawa perjalanan itu senang. Bagi sesetengah orang, perjalanan ini senang dan bagi yang lain, ini memang susah bergantung kepada pelbagai faktor yang terlibat.  
Anda mungkin berpendapat bahawa anda tidak terlibat dalam proses pemulihan seorang pesakit kanser payudara. Lebih-lebih lagi, anda tidak mengenali seseorang yang mengalami kanser payudara. Anda mungkin terkejut bahawa orang yang anda ketahui memang telah mengalami dan mengatasi kanser payudara atau baru melaluinya. 
Tertera di bawah adalah beberapa perkara yang perlu anda mengambil kira apabila berhubung ataupun berinteraksi dengan seorang yang telah, sedang atau baru di diagnosis dengan kanser payudara. Anda tidak tahu masa serta cara peluang menolong akan menimbul. Isi penting ini mungkin juga boleh membantu seorang rakan sekerja/kawan/saudara yang mengalami kanser selain kanser payudara!  
Perkara No.1 - Ucapkan tahniah kepada seorang yang telah mengalami dan mengatasi kanser payudara. 
Apabila berdepan dengan seorang yang baru mengetahui bahawa beliau mempunyai kanser payudara – jangan tunjuk muka yang sedih atau kelihatan terkejut atau tersasul. Malah ucapkan tahniah! Biasanya kami tidak tahu perkara yang ingin dibangkitkan ...  kanser payudara memang menggerunkan kami!  
Bagi seorang yang baru keluar dari diagnosis kanser dan kemudian rawatan dan seterusnya beransur pulih, mereka akan mengalami satu perjalanan yang penuh asam garam hidup. Mereka akan muncul lebih tabah dengan identiti baru serta menghadapi setiap hari seterusnya dengan bersemangat. Mereka gembira dan bersyukur kerana masih hidup dan setiap hari adalah satu hari tambahan bagi mereka. Memang berlainan dengan kami yang ‘sempurna’ dan begitu enggan menghadapi kerja dan pengalaman seterusnya!  
Perkara  No.2 – Diagnosis hanya adalah permulaan ‘Perjalanan’ bagi seorang yang mengalami dan mengatasi kanser payudara. 
Diagnosis hanya permulaan bagi seorang pesakit kanser payudara. Sokongan daripada semua orang termasuk sebuah kumpulan pakar perubatan yang terlatih serta prihatin memang asas dalam usaha membantu pesakit membuat pilihan baik serta mengatasi cabaran yang akan dihadapinya.  
Perkara No.3 – Elakkan cerita negatif terutamanya mengenai mereka yang mengalami kanser payudara. 
Apakah yang kita patut berkata apabila kami melawat seorang pesakit (kawan) yang sedang mengalami rawatan kanser payu dara (atau baru melepasi pembedahan atau kemoterapi)? Kami patut elak berbual mengenai cerita negatif yang kami pernah dengar mengenai pesakit kanser payudara. Jika kami tidak ada apa-apa untuk berkata, adalah memadai setakat melawat mereka dan memberi mereka sokongan. Perkara yang mesti dielakkan adalah memberitahu mengenai seseorang yang telah meninggal dunia begitu cepat selepas pembedahan atau kemoterapi atau telah mengalami kanser semula setelah 6 bulan!  
Perkara No.4 – Dapatkan seorang kaunselor bagi pesakit tersebut - samada kawan/saudara/rakan sekerja 
Mereka yang baru di diagnosis dengan kanser payudara mesti digalakkan untuk bertemu dan berbual dengan seorang yang telah mengalami semua yang dialami oleh seorang yang menghadapi kanser payudara termasuk rawatan serta proses pemulihan. Bertemu dengan seorang yang telah mengalami dan mengatasi kanser payudara adalah seperti melihat ‘cahaya di hujung terowong’ bagi seorang yang baru didiagnosis dengan kanser payudara. Ini adalah salah satu sebab asas Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) telah diwujudkan – demi memberi sokongan dan bantuan kepada mereka yang telah diganggu secara emosi dan psikologi oleh diagnosis mereka.  
Anda boleh membantu dengan berhubung dengan ahli BCWA jika anda mempunyai kawan/saudara/rakan sekerja yang baru didiagnosis dengan kanser payudara dan memerlukan seseorang untuk  berbincang mengenai keadaannya - seseorang yang memahami perkara yang pesakit tersebut tengah mengalami. 
Perkara No.5  - Jangan percaya cerita kuno atau terapi ganjil! 
Kadang kala kami ingin membantu tetapi sebaliknya tidak (secara tidak sengaja). Dalam usaha kami membantu, kami terus menceritakan apa yang kami terdengar tanpa mengetahui cara rawatan ataupun nasihat tersebut mujarab, selamatl ataupun tidak. Halangan mengenai makanan atau makanan yang “mesti” di makan, rawatan tradisi, terapi alternatif yang kami ketahui disalurkan tanpa memikirkan implikasinya kepada kawan kami yang mengalami kanser payudara.
Ini boleh mengelirukan atau mengganggu status nutrisi mereka sehingga mereka menjadi semakin sakit dan senang menghadapi masalah kesihatan lain. Tambahan pula, cerita ini boleh mengganggu rawatan yang dicadangkan oleh pakar perubatan pesakit tersebut. Cerita ini boleh melemahkan tekad pesakit untuk menjalani rawatan kerana pesakit menyangka bahawa terdapat pilihan lain yang lebih ringkas untuk menyelesaikan kansernya. Ingat, keadaan emosi dan psikologi pesakit tidak kukuh dan bergantung pada fasa mereka mengalami dan mungkin senang terpengaruh oleh sebarang cadangan bagi rawatan alternatif yang dianggap berkesan.  
Seperti yang dikatakan oleh Cik Ranjit, anda boleh makan apa-apa sahaja setelah anda menjalani kemoterapi. Semua kaunselor BCWA boleh memperakui perkara ini.
Semasa kemoterapi, Ms L. Mageswary menyediakan panduan mengenai pemakanan dalam artikel Kanser Payudara dan Pemakanan.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

1 Januari 2012 telah menjenguk diri di jendela dunia hari ini. Pelbagai azam dibuat oleh setiap orang agar hidup lebih berjaya tahun ini. Sebenarnya banyak lagi azam tahun lepas yang belum terlaksana dan bolehlah dibawa ke tahun ini. Tahun 2011 yang kita tinggalkan banyak suka dukanya sama ada dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Tak payah diulas sebenarnya kerana telah terlalu banyak diulas dalam media alternatif(internet).

Bagiku pula, ku mahukan tingkatkan ilmu, iman dan amal sebagai persediaan di akhirat nanti. Ku juga amat bersyukur kepada Allah jika kanserku sembuh dan dapat beribadat dan bekerja dengan sempurna.

Pagi tadi ku ke Maybank, buku akaun SSPN untuk 2 orang anakku. Ku semak duit di ATM dan gembiranya ku kerana duit tuntuan ubatku berjumlah RM25,000.00 telah dibayar oleh kerajaan walaupun mengambil masa 4 tahun.

Selasa ni sekolah akan dibuka semula. Bermualah sekali lagi tugas mencabar sebagai seorang guru. Ku berdoa agar ku dapat bertugas dengan baik agar rezeki ku halal.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DAN SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH.

Monday, December 19, 2011

Cuti Pesakit Kanser

Cuti Tibi, Barah dan Kusta

Rujukan        :          
Perintah Am 31 dan 53 Bab ‘C’. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.


Tujuan          :          
Diberikan kepada pegawai yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang.

Syarat            :
i)Pegawai disahkan menghidap penyakit tibi atau kusta atau barah atau lain lain penyakit yang setaraf dengannya.
ii)Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan.

Kadar             :
i)Pegawai yang menghidap penyakit barah atau kusta – tidak melebihi 24 bulan cuti sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit penyakit lain.

ii)Pegawai yang menghidap penyakit tibi – tidak melebihi 12 bulan cuti sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit penyakit lain.

iii) Kemudahan (i) dan (ii) juga diberikan kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta atau barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.

iv) Setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii), pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang masih berkelayakkan.

v) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah setelah tamatnya cuti di (i), (ii) dan (iv).

vi) Setelah menghabiskan semua cuti di (i), (ii), (iv) dan (v) tiada apa apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Ketua Setiausaha Kementerian setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Ketua Setiausaha Kementerian boleh menimbang apa apa cuti tambahan samaada bergaji penuh atau separuh gaji atau pegawai itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

Agensi Terlibat       :           Perkhidmatan Awam.

Tarikh Kuat Kuasa :           1 Januari 1992.




Friday, December 9, 2011

BUKU DOKTORKU

http://selfprescription.blogspot.comToday, in my mail is a parcel containing the book on breast cancer that I wrote.
      Titled: KANSER PAYUDARA - Teman ke Akhir Hayat
The book has 320 pages, with references and index, published by Dewan Bahasa Pustaka. The happiest person is of course by supporter and no 1 fan.

The copy is author's first copy and the rest will be handed to me on the launching day, most probably before January 2012 in USM Penang Campus or in Putra Jaya. Thus, I presumed, the book will only be in bookstore after the launch.



The book has two parts, the first is on author's and patients' experiences coping with breast cancer and the stories are integrated with the facts about clinical presentation, staging, pathological features and its implication on prognosis and the treatment for breast cancer.  


The second part is more on naturopathic way of treatment, stressing on variable aggressiveness of breast cancer and dissimilar vulnerability and strength of cancer survivors. It includes a chapter on coping with sexuality and sex.
So, while writing this entry, I am smiling at myself (on the book's cover), thinking of my bitter sweet memories coping with breast cancer treatment and after 5 years survival and a book on the same topic, published with DBP, I could not deny God's blessing that came my way, for much of what I experienced in life is summarised as "It was so wrong but it came out so right."

BACA BLOGSNYA: http://selfprescription.blogspot.com

Thursday, December 1, 2011

Hilang Satu Sakit Datang Sakit lain



Selasa 29 Nov 2011 bersamaan 3 Muharam, ku bersama isteri ke Southern Bank(Dulu EON Bank) untuk membayar ansuran keretaku yang terakhir. Dah jelaslah semua ansuran kereta Gen-2 yang ku bila selepas ku menjalani pembedahan kanser perut. Ku beli kerena kereta dulu manual, jadi ku tukar automatik supaya senang dipandu.
Sewaktu ku ke HUSM melawat saudara yang sakit, ku terasa sakit dada. Ia berterusan hingga ke malam. Ku ke klinik dan dibuat ECG, Pembantu perubatan yang juga bekas muridku memberitahu ada sedikit masalah jantung tetapi bila dirujuk kepada doktor, keputusannya baik saja. Doktor kata mungkin kesan penyakit barahku.
     Paginya kurasa sihat sikit, tetapi bila lepas makan petang, sakit datang lagi, dan jam 3.00 malam ku buang air dan muntah dalam tandas. Selepas tu rasa lega sikit hinggalah Solat Subuh.Lepas Subuh boleh berehat kerana sekarang cuti sekolah.
Kegembiraanku kerana bisulku telah sembuh lenyap dengan kesakitan baru yang melanda. Semangat ku jatuh merudum. Ku cuba bangkit semula tetapi sebagai insan yang lemah, selama manakah ku dapat berjuang melawan kanser ini. Ku selalu memohon kepada Allah semoga ku diberi kekuatan untuk menempuh segala ujianNYa. Amin.

Saturday, November 26, 2011

Temu Janji Oh Temu Janji

Minggu ini ada dua temujanji. Hari Ahad temujanji dengan Pakar Bedah dan Hari Khamis dengan Pakar Oncologi(Kanser) Tiada apa yang istimewa. Semasa jumpa pakar bedah, doktor cuma bertanya masih makan lagi ke Sutent. Macam mana nak makan ubat tiada. Dah 5 bulan tak makan kerana kerajan cuma bekalkan 3 bulan. Lepas tu kena mohon balik. Proses nak dapat kelulusan yang pertama dulu mengambil masa setahun. Bulan 9 mohon balik tetapi bila ku tanya lepas jumpa doktor, borangku masih belum diambil apa-apa tindakan.

Doktor bedah beritahu bahawa ada lagi ubat yang lebih mahal dari Sutent, ku tak tanya pula sebab sebenarnya ku dah tak berapa berminat dengan ubat kimoterapi kerana kesan sampingannya yang terlalu teruk dan harganya yang memang ku tak mampu jika tidak ditanggung oleh kerajaan. Namun ku isi juga borang memohon ubat takut melanggar arahan doktor pula.

Hari Khamis, jumpa pula Pakar Kanser. Cuma pemeriksaan biasa, doktor memeriksa fistula(bisul). Nanah dah kurang keluar. Bisulku ini kadang-kadang keluar nanah dan kadang-kadang tertutup dan bila sakit terpaksa pula ku cucuk dengan jarum supaya nanah  keluar dan sakit berkurangan. Alhamdulillah beberapa hari ini bisul tak sakit dan nanahpun tak keluar. Ku tak tahu apa makanan tambahan yang ku makan yang sesuai dengan penyakitku. Cuma dulu ku makan susulebah tetapi dah ku kurangkan. Kini ku makan pula Keladi Tikus. Dah 6 bulan ku makan. Allah yang menyembuh bukan ubat, ubat cuma ikhtiar.

Kepada semua "follower" ku ucapkan terima kasih atas sokongan kalian bagi ku menghadapi dugaan Allah ini.
Wassalam.

Tuesday, November 15, 2011

Doa dan Harap Mengiringi Masa

Assalamualaikum. Dah lama juga ku tak menulis. Entah kenapa tubuh selalu lemah, maka semangat untuk menulis turut hilang bersama masa. Bagi mengatasi rasa lemah tubuhku, ku minum madu khaula, tetapi tiada perubahan nampaknya. Isteriku dah beberapa kali menyuruhku minum,susu kambing kerana dah lama ku tak minumnya. Mungkinkah tubuh ku lemah seperti lepas kimoterapi kerana ku makan kapsul keladi tikus. Walaupun tubuhku letih, ku tetap makan kapsul keladi tikus kerana perubahan yang agak baik kepada bisulku kerana ia samakin mengecil. Dah beberap kali bisulku tertutup tetapi bisul ku di bahagian dalam belum sembuh sehingga bisulku berdenyut-denyut. Akhirnya ku ambil jarum dan membuat lubang bagi membolehkan nanah keluar, barulah hilang rasa berdenyut-denyut.

Dua hari lepas ku minum semula susu kambing Hi-Goat dan Alhamdulillah hari ini ku rasa bertenaga. Ku pergi ke rumah ibu bapaku. Ku gembira melibat ayahku menyabit rumput untuk lembunya. Ku pula memetik daun kangkung untuk dibuat sayur dan juga untuk makanan ikan kaloi di rumahku.

Ayahku pula bukanlah sihat sangat. Hampir 3 bulan tak dapat berjalan. Selepas berurut dan rawatan hospital, ia kembali dapat berjalan. Alhamdulillah.


Tuesday, October 25, 2011

Ku Cuba Keladi Tikus

Assalamualaikum. dah lama ku tak menulis. Bukan apa cuma kabel tmnet kena curi oleh pencuri kabel yang berleluasa sekarang. Jadi sekarang terpaksa guna broadband. 
 Dulu ku cuba Susu lebah, sihat sikit tetapi fistula(bisul) di dadaku tak sembuh sepenuhnya. Kini dah hampir 2 tahun ku makannya. Ku cuba pula Keladi Tikus. Bisulku nampaknya dah nak kering, kadang-kadang dia kering, tetapi kemudian bernanah balik. Kini dah 7 botol kumakan keladi tikus. Sebotol yang mempunyai 90 kapsul berhaarga RM90.00. banyak jugalah kena keluar duit.

Ubat kimoterapi, SUTENT(SUNITINIB) dah tak ku makan lagi kerana putus bekalan sejak Jun lepas. Sebenarnya ku agak serik makan Sutent kerana kesan sampingannya yang teruk. Tambahan pula keadaanku semakin baik berbanding dulu cuma sekarang badanku terasa sangat lemah dan selalu letih.

Semoga  Allah memberi kesembuhan berkat bulan haji ini.

Sunday, September 25, 2011

Termujanji Klinik Onkologi

22.9.2011

Hari ini ku jumpa Dr. Fatihah dan seorang doktor baru yang ku lupa namanya. Dia memeriksa fistula di dadaku. Masih tidak sembuh walaupun dah 2 tahun muncul di dadaku tetapi ia semakin kecil. Ku  beritahu doktor keadaan diriku yang selalu letih. Ia menyatakan mungkin kanserku merebak. Alahai doktor, beirilah semangat bukan menakutkan ku.

Ku bertanyakan borang permohonan ubatku tetapi malangnya ia belum diproses lagi. Maka terpaksa isi semula borang saraubat. Ku  tak kisah sebenarnya kerana kesan sampingan ubat tesebut, Sutent begitu menyakitkan.

Kini ku pasrah. Hanya doa kepadaNya mengiringi penderitaan ini. Namun ku tetap bersyukur kerana keadaanku sekarang lebih sihat berbanding dahulu.