Wednesday, April 27, 2011

Latahzan. Innallahamaana

Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]
Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)
[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك

Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah
[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada
[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق

فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!
Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu
[Firman Allah yang bermaksud:]
"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)

[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr.
MAZA, 1 Nov 2009]

Monday, April 25, 2011

Sutent dan Kanser Buah Pinggang

ARKIB : 06/11/2007- Utusan Malaysia

Kemoterapi 75 kali dalam masa enam bulan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, begitulah ungkapan penderitaan penghidap kanser buah pinggang (RCC), Ismail Abdul Rahman, 69.
Dia didiagnosis penyakit tersebut kira-kira 10 tahun lalu, sesuatu yang tidak pernah terduga olehnya.
“Masa tu saya baru berusia 59 tahun. Walaupun ketika itu terdetik juga di fikiran tentang tahap kesihatan yang semakin menurun, tetapi saya sangka ia mungkin kerana usia juga semakin meningkat.
“Pada tahun 1998, saya terpaksa akur nasihat doktor supaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang sebelah kiri,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran ubat rawatan kanser lanjutan, Sutent keluaran Prizer Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Di sebalik ketabahan Ismail mengharungi kehidupan sebagai pesakit kanser, dia juga terpaksa berhadapan dengan keperitan melawan tanda-tanda penyakit seperti kencing berdarah, kelesuan melampau, darah yang keluar daripada kulit dan sakit badan.
“Sebagai manusia kita wajib menerima hakikat ini. Pada peringkat awal dulu, saya banyak berdoa dan membaca Yasin.
“Selepas pembedahan, keluarga masih memberi sokongan kepada saya. Pengalaman isteri sebagai jururawat banyak meringankan beban saya. Anak-anak juga tidak ketinggalan memberi dorongan,” katanya.
Jelasnya, sebagai pesakit RCC, pemakanan dan gaya hidupnya terpaksa dikawal dan dipantau dengan teliti.
Seperti nasihat doktor, Ismail mengurangkan makan makanan berlemak dan menambah aktiviti luar seperti bersenam.
Tambah Ismail lagi, rawatan tidak berhenti setakat itu sahaja, selepas empat tahun pembedahan, dia terpaksa melalui rawatan kemoterapi sebanyak 75 kali dalam tempoh enam bulan.
Begitupun, ketumbuhan sel kanser muncul semula selang setahun selepas itu.
“Selama beberapa tahun saya cuba melawan penyakit ini dengan pelbagai rawatan dan ubat.
“Namun, begitulah kehendak Tuhan, saya diuji sekali lagi. Saya bersyukur kerana pada tahun lepas, saya menjalani rawatan melalui ubat Sutent dan keadaan saya semakin stabil sekarang,” ujarnya.
Nasihat Ismail kepada pesakit RCC lain, seseorang itu perlu kuat dan yakin pada diri untuk melawan penyakit ini.
“Jangan putus asa dan keluarga pesakit juga perlu memberi sokongan,” katanya.
INFO tentang Sutent (sunitinib malate)
* Ubat untuk rawatan kanser buah pinggang lanjutan (termasuk karsinoma renal metastatik) dan tumor stroma gastrousus (GIST), sejenis kanser perut dan usus yang jarang berlaku.
* Sutent yang dihasilkan oleh Pfizer ialah terapi oral yang mana ubat diambil dalam bentuk kapsul, tergolong dalam kelas ubat baru yang dinamakan perencat tirosina kinase.
* Ubat ini berfungsi menggunakan dua mekanisma iaitu pertama, ia menghalang pertumbuhan sel tumor dan kedua, ia menghalang pembentukan salur darah yang membekalkan nutrien kepada tumor.
Apa yang perlu anda tahu tentang RCC
Simpton RCC
- Sakit pada bahagian rusuk (sisi badan).
- Kencing berdarah.
- Berat badan menurun.
- Ada ketulan pada bahagian abdomen dan rusuk.
- Sakit belakang.
- Kelesuan melampau.
- Demam.
- Gejala berterusan dengan sindrom paraneoplastik (gejala disebabkan barah).
- Tekanan darah semakin meningkat.
Faktor RCC
- Gaya hidup dan pemakanan (merokok, kurang bersenam, obesiti, makanan tinggi lemak).
- Terdedah kepada bahan kimia seperti kadnium, pelarut mengandungi klorin, bahan.
petrokimia dan cat (Kebiasaannya dipengaruhi oleh persekitaran dan pekerjaan).
- Faktor genetik (berlaku mutasi pada bahan baka).
- Terlalu lama menjalani dialisis dan mengambil ubat tahan sakit (analgesik).
- Tekanan darah tinggi.

Thursday, April 21, 2011

Kanser dan Ketabahan


                                      LARIAN BENDERA DI SABAH- DULU KU SEORANG YANG AKTIF       
                                                       BERSUKAN, KINI TINGGAL KENANGAN

28.11.2010 genaplah 4 tahun ku menghidap kanser perut(GIST). Separuh perut dibuang dan separuh saluran makanan juga dibuang. 2 tahun ku bercuti.Alhamdulillah 2010 ku dapat bekerja semula. Kalau dulu ku makan ubat kimoterapi glivec, kini Sutent. Masalahnya kesan sampingannya terlalu teruk. Ku tak dapat berjalan kerana tapak kaki menggelupas dan amat sakit bila bepijak. ini menyebabkan ku terpaksa cuti sekolah. Bisul di dada pula terlalu sakit sehingga memaksa  ku makan morfin.

Kini ada lagi sebulan bekalan Sutent tetapi ku berhenti dulu kerana tak tahan dengan kesakitannya. Ku diperkenalkan pula keladi tikus. Ku tawakkal dengan memakannya bersama Susulebah(Royal jelly).

Sesungguhnya penyakit ini begitu menguji kekuatan iman dan ketabahan kita. Pelbagai buku agama dan motovasi dibaca bagi menguatkan diri menghadapi penyakit. Berat rasanya kepala bila memikirkan sakit yang dideritai.Anak terabai sedangkan mereka bakal mengadapi SPM Banyak tugas sebagai  ketua keluarga tak dapat dijalankan yangh membuatkan  KU BEGITU TERTEKAN.Ku hubungi teman senasib bagi bertanya khabar. Lega sikit rasa dada. Sebenarnya, beberapa orang teman senasib sudah lebih dahulu pergi menemui-Nya.

Sesungguhnya ku tak setabah Nabi Ayub. Ku ku berdoa moga Allah memberi ketabahan menerima ujian-Nya. Amin.

Wednesday, April 13, 2011

PET-SCAN KALI KEDUA


:     Pet-Scan kali kedua(7.4.2011)
     Bulan kedua makan ubat Sutent yang dibekalkan kerajaan amat menyakitkan. Aku terpaksa cuti sekolah hampir 3 minggu. Semasa temujanji dengan Prof.Biswapada 21 Mac 2011, dia mahu ku buat Pet-Scan kali ke-2 di Hospital Besar Pulau Pinang. Dia juga bertanya sama ada ku mahu teruskan kimo dengan Sutent. Ku bersetuju saja walaupun kesan sampingannya amat menyakitkan. Kakiku menggelupas sehingga tak dapat berjalan, bisul di dadaku begitu sakit sehingga ku menangis menahan sakit dan terpaksa makan morfin. Mulut pula kena ulser dan makan tak boleh pedas sikit.
Aku rasa sungguh tertekan. Akhirnya ku taip surat kepada Prof.Biswal menyatakan aku lebih rela mati daripada makan uabt sutent yang amat menyakitkan. Bila ku ke HUSM untuk ambil surat dan cd filem CT-Scan untuk di hantar ke Hospital Pulau Pinang, surat tersebut tidak ku hantar. Ku berfikir iaitu ubat akan ku makan setelah rehat beberapa bulan.
6.4.11- ku, isteri, biras dan emak bertolak ke Pinang. Hampir ke Jambatan kami sesat dan terpaksa tanya penjaga tol. Di Pulau Pinang beberapa kali bertanya orang baru jumpa hospital. Kami menginap di Balai Seri Tanju ng yang disediakan pihak hospital.
7.7.2011- Pagi ini ku cuma dibenarkan minum susu dan 3 keping roti putih. Sebenarnya dah 2 hari aku pantang, Cuma boleh makan nasi, ikan dan ayam tetapi semua kena rebus. Sayur pun tak boleh. Jam 9.00 pagi kami ke Klinik Onkologi. Selepas pendaftaran, jarum dimasukkan ke tangan. 3 kali cucuk baru berjaya. Jam 1.00 ubat radioaktif dimasukkan dalam tubuh. Jam 1.45 mula skan. Ia mengambil masa 30 minit. Kemudian ku ke kaunter untuk dibuang jarum. Bila masuk bilik buang jarum, alat pengesan radioaktif berbunyi dan jarumnya bergerak. Ini menunjukkan tubuhku mengandungi radioaktif.
Jam 4.00 petang, selepas makan kami bertolak pulang. Jam 12.00 malam baru sampai.
10 .4.11, ku pergi sekolah. Fikiran ku begitu tertekan dengan penyakit yang dihidapi. Pada msa yang sama injin paip rumahku pula rosak. Terpaksa dibaiki tetapi asyik meragam. Istreri ku telefon Ustaz Sari puddin ,Darussifa’. Selepas dijampinya, fikirtanku agak tenang. Moga Allah memeberi kekeuatasn kepadaku menerima takdirNya. Amin.

Keladi Tikus Penawar Kanser

USM temui keladi tikus ubat kanser


Akhbar Utusan Ogos 1998

Oleh NORZAHIZAN ISMAIL


    
Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai 'keladi tikus' atau nama saintifik "Typhonium Flagelliforme"  yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. "Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus," katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.

    Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit  barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia. Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif. " Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser. Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser," ujarnya.

    Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus. "Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil  boleh membawa maut," katanya. Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar. Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari. "Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.


    Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama," tambah beliau. Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal. Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari," jelas beliau. Selain itu, menurut  Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing).



Tuesday, March 22, 2011

Temujanji Dengan Pakar Kanser

21 Mac 2011, ku ada temujanji dengan Prof.Dr.Biswa Mohan Biswal, Pakar Onkologi dan Radioterapi di Klinik Perubatan Nuklear HUSM. Ku pandu sendiri kereta walaupun kaki masih sakit kesan ubat kimoterapi. Nak suruh isteri hantar, nanti rugi pul cuti dia.

Di HUSM nak parking susah. Parking di dalam kawasan hospital berbayar tetapi masih tak cukup ruang. Jadi terpaksalah parking di luar. jauhlah kena berjalan. Kaki pula sakit. Selepas mendaftar ku terpaksa berjalan jauh untuk ke kantin kerena kantin hanya ada satu, kantin lama tutup kerana HUSM nak tambah wad.


Selepas sejam menunggu, ku berjumpa Prof.Biswa. Dia melihat fistula ku (bisul), ianya semakin kecil tetapi amat sakit. Dia mahu ku buat PET Scan kali kedua di Hospital Besar Pulau Pinang untuk melihat perkembangan kanserku. Dia juga menyuruhku terus makan ubat kimoterapi: SUTENT sepanjang hayat.Termenung panjangku kerana kesan sampingan ubat tersebut amat teruk, tambahan pula ku kerja kerajaan.

Doktor nasihatku elakkan memakan protein binatang, maknanya tak boleh makan daging. Dia galakkan makan bayam dan zat besi.

Di klinik ku jumpa seorang yang mungkin kena kanser mata, matanya sebelah  ditutup dengan kulit lain. Bila ku lihatnya, ku bersyukur kerana tentu dia lebih menderita daripadaku.

Seorang kakitangan HUSM mengedar borang soal selidik kepadaku. Ia banyak berkisar kepada tahap kesabaran dalam menghadapi penyakit kanser.

Semoga ku dapat terus menulis diblog ini untuk berkongsi pengalaman dengan pesakit kanser yang lain. Insya Allah.





Wednesday, March 2, 2011

DOA PESAKIT KANSER

Atas permintaan k Nurdaniella, erisya berkongsi dua petua untuk sakit barah ie dari Dr Fatma azzahra dan Dtk Haron Din.

Mula-mula bacalah ayat-ayat ini sebanyak 7 X ke air zam-zam atau air biasa (paling baik air Rx) dan minyak zaitun. Banyak mana air? cukup2 untuk minum seminggu (3 cawan sehari) juga cukup2 mandi seminggu (bilasan terakhir). Minyak zaitun pulak mencukupi untuk disapu di tempat sakit selama 21 hari.

1. al Fatihah
2. al Baqarah (ayat 1-5)
3. al Baqarah (ayat 164-165)
4. al Baqarah (ayat 255-257)
5. al Baqarah (ayat 285-286)
6. al Imran (ayat 1-5)
7. al Imran (ayat 18)
8. al Imran (ayat 26-27)
9. al Araaf (ayat 54-56)
10. al Araaf (ayat 117-119)
11. Yunus (ayat 80-82)
12. Thaha (ayat 65-69)
13. al Mukminun (ayat 115-118)
14. al Hasyr (ayat 21-24)
15. as Shafaat (ayat 1-15)
16. ar rahman (ayat 31-33)
17. al Mulk (ayat 3-4)
18. al Qalam (ayat 51-52)
19. al Jin (ayat 3)
20. al kafiruun
21. al Falaq

22. an Naas

Jika leukimia, sapulah minyak pada tulang belakang kaki kanan dan kiri.
Jika breast cancer / kanser rahim/ kanser paru2 memadailah sapu minyak di bahagian luaran saja. Kemudian bacalah doa2 di bawah ni.

[ sebaiknya ulangi bacaan ayat2 di atas seminggu sekali...jangan gusar, ayat2 ni pendek2 jer!]


Satu lagi doa (Datuk Haron Din)

Papepun, yang penting ada keyakinan dan keazaman...jangan lemah semangat. Bagi teman2 yang sama bidang pekerjaan dengan erisya....kenalah kita amalkan ayat2 ni dari sekarang....maklum, kita terdedah dengan penyakit kanser ni...kena jaga pemakanan dan ketenangan minda. Rata2 kaki tangan disini dapat kanser paru2 (maklum....banyak guna bahan pelarut seperti Klorofom , Fenol , Ethidum Bromide dsbnya)...kemudian...pelan2 merebak ke kepala! Kebetulan ? Hmm...papepun....jagalah diri kita tak sape peduli kesihatan kita selain diri kita! Kanser adalah penyakit jahat....tiada simtom....bila dah teruk baru terasa sakit!

Hmmm...teringat masa study dulu...erisya punya sahabat yang amat erisya sayangi...selalu sakit kepala. Suatu hari, erisya mengikutnya bertemu doktor....maklum risaukan kesihatannya. Dr memaklumkan sahabat tuh sakit kanser otak! Lepas tuh kami berdua termenung depan tasik sambil pegang tangan . sedih! keciwa! dan ntah2 apa2 perasaan yang berbaur2....erisya benar2 tak mau kehilangannya. Kemudian erisya bertemu dengan seorang lagi doktor panel...bertanyakan hal tuh....doktor tersebut ketawa berdekah2 ! Menurutnya mana mungkin sahabat erisya menghidap penyakit seserius itu...masih muda belia! Haaaah???? Tak puas hati, erisya ajak sahabat erisya bertemu semula doktor pertama tadi.....ternyata rupanya doktor tu nak pekenakan kami berdua! urrrgggghhhh! geram betul....namun kami bersyukur kerana sahabat erisya sihat dan .......kini telah berkhidmat sebagai seorang doktor di kampung halamannya. ( sebetulnya doktor yang pertama tuh memang suka bergurau ngan erisya....kami selalu bertekak tentang agama dsbnya....selalu pekenakan erisya...cuma kalini gurauannya agak melampau!)



Sad Ending Drama Hani





Pertama kali saya menonton drama Hani dalam slot Lestari TV3, saya dah mengulasnya dalam blog ini. Semalam, drama itu berakhir dengan kematian Ummu Hani, yang menghidap kanser otak. Kesudahan rancangan ini saya sudah jangka kerana semua drama yang bertemakan pesakit kanser akan berakhir dengan kematian. Begitulah pemikiran penulis skrip sekarang yang masih dangkal mengenai penyakit kanser. Memang
benar kanser boleh membawa maut tetapi Insya Allah dengan perubatan moden dengan tidak meninggalkan perubatan Islam, penyakit ini boleh disembuhkan walaupun tidak sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, sikit sebanyak drama seperti ini menggerunkan pesakit kanser. Contohnya diriku sendiri, dulu ia bagitu mengganggu fikiran tetapi kini ku sudah reda. Keredaan dengan takdir Ilahi memberi ketenangan kepadaku..

Sejak ku makan ubat kimoterapi untuk bulan ke-5, selain kesan biasa ubat itu iaitu sakit tapak kaki, ulser mulut dan sakit bisul yang muncul di dadaku, minggu lepas keluar darah dari mulut. Ku ke klinik, doktor nak menghantarku  ke hospital tetapi ku enggan kerana sudah jemu ku berada dalam wad. Doktor bagi ubat tahan darah dan cuti 2 hari.

Kini setiap petang ku demam. Rindu rasanya nak ke surau kampungku. Dah hampir sebulan tak pergi. Jumaat pun 2 kali tertingggal. Sekolah pula ku paksakan diri hadir kerana dah terlalu banyak cuti yang diambil. Nasib baik pihak sekolah memberi kelas yang tak ambil peperiksaan awam. Kalau tidak kesian pelajar.

Moga Allah menyembuhkan penyakitku agar ku dapat beribadat kepadaNya juga dapat bertugas dengan sempurna.
  Aminnn!!

Tuesday, February 22, 2011

Keladi Tikus Penawar Kanser

PENAWAR KANSER - KAPSUL KELADI TIKUS




KAPSUL KELADI TIKUS (SUPER TYPHONIUM)

SUPER TYPHONIUM FLAGELLIFORME, sebagai makanan tambahan yang membantu melawan kanser, ketumbuhan dan meningkatkan daya tahan badan. Juga membantu penyahtoksidan dalam darah.

Super Typhonium dapat membantu menyembuhkan kanser payudara, usus besar, rektum, hati, prostat, leukemia dan pangkal rahim.

Dengan Super Typhonium, anda akan terhindar daripada kesan sampingan dan kesihatan anda pada masa akan datang akan lebih terjamin.

mengapa SUPER TYPHONIUM?

Telah di uji secara klinikal di makmal Universiti Putra Malaysia (UPM
Terbukti mengandungi bahan anti kanser dan anti bakteria.
Dijamin selamat tanpa bahan pengawet dan unsur-unsur kimia.
Keladi tikus ditanam secara semula jadi menggunakan baja organik.
Kami hanya menggunakan daun-daun yang segar sahaja.
Keladi tikus sukar ditemui dan dipercayai hampir pupus dari habitat semula jadinya.


USM temui keladi tikus ubat kanser
Akhbar Utusan Ogos 1998

Oleh NORZAHIZAN ISMAIL

Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai 'keladi tikus' atau nama saintifik "Typhonium Flagelliforme" yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. "Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus," katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia. Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif. " Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser.

Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser," ujarnya. Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus. "Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut," katanya. Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar. Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari. "Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.

Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama," tambah beliau. Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal. Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari," jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing).

Cara pengambilan: 2 biji kapsul, 2x sehari sebelum makan atau dapatkan nasihat doktor.

HARGA RM 90.00 SEBOTOL (90 KAPSUL) + RM 5.00 belanja Pos.

BELIAN BOLEH DIBUAT MELALUI BANK IN KE AKAUN MAYBANK
NO: 562245100501 ZAKARIA BIN AWANG
Selepas buat bayaran, Sila Email Transaksi anda bersama maklumat berikut:
Nama penuh ,
Jumlah wang mengikut pesanan anda
Tarikh dan masa pembayaran dibuat (di Maybank )
Alamat Lengkap untuk penghantaran
Alamat E-Mail anda jika ada
Nombor telefon bimbit atau rumah
Sertakan NO RUJUKAN ONLINE BANK IN

HP. NO: SMS/CALL 013-3351803

Wanita hamil tidak digalakkan mengambil kapsul ini
PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN KAPSUL KELADI TIKUS UNTUK MERAWAT KANSER

Saturday, February 19, 2011

jambatan tamparuli - lagu dusun(Kenangan di Sabah)

Kesakitan Melampau







 Beginilah Ketumbuhan dalam perutku yang dibuang pada nov.2006




Hari hari Jumaat. Ku harap dapat pergi Solat Jumaat kerana mingu lepas dah tak pergi kerana tak dapat berjalan dengan baik. Tapak kakiku melecur akibat makan uabt kimoterapi. Jadi ku tak dapat memandu. Ubat masih ada lagi 2 bulan lagi yang dluluskan kerajaan. Lambat  lagilah nak  hilang sakit.Kubur pun dah lama tak ziarah, cuma anak-anakku yang pergi.

Warisku datang jemputku  ke rumahnya kerana  kenduri arwah kerana anaknya meninggal akibat sakit SLE. Ku terpaksa layannya walaupun bisul di dadaku terasa berdenyut-denyut. Selepas tamu pulang, sakit semakin mencengkam. Ku makan ubat tahan sakit, Celebrex dan Morphine. Apabila sakit tak hilang, ku makan lagi sebiji morphine.

 Malangnya sakitku semakin bertambah sehingga ku menangis akibat tak tahan sakit. Isteri dan anak cuba menolong tapi tak berkesan kerana apalah daya mereka, hanya picit saja. Akhirnya kami ke klinik kerajaan bahagian kecemasan. Pembantu perubatan menyuntikku.beberapa minit kemudian sakit mula reda. Selepas sejam, ku minta pulang.

Sepanjang hari kepaklaku pening akibat suntikan ubat.Petangnya kedua ibu bapaku datang. Ibuku tak pulang dan tidur di rumahku. Begituilah ornag tuaku, sentiasa bersama ku bila ku sakit.

Anak muridku dan bekas muridku di Sabah ramai yang bertanya khabar melalui facebook(Muhamad Zaini Ismail)
Rupanya miridku perasaan keadaan diriku yang uzur semasa di sekolah. Sebenarnya ku paksa diri ke sekolah kerana dah terlalu banyak cuti yang diambil. Ku juga tak mahu menyusahkan guru lain mengganti kelasku jika ku tak dapat hadir.

Ya Allah, bila lagi Kau nak sembuhkanku. Walaupun ku redha dengan takdir, tetapi tak sanggup lagi ku menanggung kesakitan ini.