Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
Bakteria H pylori
Golongan wanita memainkan peranan di dapur dalam penyediaan makanan. - Gambar hiasan
Wanita sering kali ditugaskan untuk menyediakan makanan harian, menjaga
kesejahteraan keluarga dan bertanggungjawab di dalam memelihara
kebersihan dan ketenteraman kediaman.
Walaupun begitu banyak masa dan penjagaan diluangkan bagi memainkan
peranan ini, kajian telah menunjukkan wanita adalah sumber utama
penyebaran sejenis bakteria yang dilabel sebagai karsinogenik tahap
pertama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bakteria ini dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori).
H.pylori adalah penyebab utama gastritis kronik dan ulser gastrik.
Bakteria ini adalah musuh utama bagi kanser perut, kata Dr Vagif
Soultanov, pakar gastroenterology yang terkemuka dan pengamal terapi
semula jadi daripada Australia.
Beliau telah menerbitkan beberapa kerja penyelidikan di dalam bidang
ini dan H pylori digambarkan sebagai pertimbangan utama bagi kanser
perut.
Pengecaman kaitan antara jangkitan H pylori dan penyakit ulser peptic
dan kanser perut adalah penemuan utama di dalam bidang gastroenterology.
Jangkitan H pylori menyebabkan gastritis kronik, sejenis keradangan
pada perut yang berlarutan, serta boleh membawa kepada gastritis atrofi
(luka pra-kanser), permulaan pada kanser perut.
Malah, jangkitan H pylori telah diisytiharkan oleh WHO sebagai
karsinogen tahap pertama dalam perkembangannya kepada kanser perut.
Lebih memeranjatkan adalah jangkitan ini merebak secara meluas.
Lebih daripada 50 peratus daripada populasi dunia (lebih daripada 3
bilion orang) sudah pun dijangkiti (lazimnya di zaman kanak-kanak)
menjadikannya satu daripada jangkitan yang merebak dengan meluas di
dalam dunia.
Sekiranya tidak dirawat, mereka yang pernah dijangkiti H pylori adalah enam kali lebih berkemungkinan membentuk kanser perut.
Pada lazimnya jangkitan H pylori adalah sama di kalangan lelaki dan wanita.
Kajian menjelaskan bahawa ibu yang dijangkiti adalah adalah sumber utama bagi jangkitan kalangan kanak-kanak.
Jangkitan H pylori mungkin disalurkan melalui makanan atau air yang tercemar, linen atau mainan.
Keadaan sesak di negara membangun seperti Malaysia membentuk sentuhan
yang lebih rapat antara ibu, anak dan kalangan adik-beradik.
Ini mungkin sebab utama kepada kadar jangkitan di tahap tinggi dilaporkan.
Tambahan pula, di negara membangun, golongan bapa adalah sumber pencari
nafkah utama dalam keluarga, menjadikan mereka kurang bersentuhan
dengan anak.
Ini adalah mengapa jangkitan H pylori kebanyakannya dikaitkan dengan ibu.
Isyarat membimbangkan
Kanser perut bukanlah sesuatu yang berlaku semalaman.
Ia dapat mengenal pasti isyarat yang membimbangkan daripada perut anda
adalah pertimbangan penting bagi mengelakkan masalah kesihatan yang
serius pada kemudian hari.
Gastritis adalah keradangan atau kerengsaan pada dinding perut. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba atau berperingkat.
Simptom termasuk sakit perut yang sering kali digambarkan seperti rasa
panas pada bahagian abdomen atas pusat yang dikaitkan dengan kembung,
sendawa dan kehilangan selera makan.
Simptom sering kali berlaku selepas makan dan kebanyakan pesakit bangun
pada pagi hari dengan kesakitan pada bahagian abdomen. Pada kebanyakan
pesakit, tidak terdapat sebarang simptom dan ini adalah mengapa ujian H
pylori melalui darah atau nafas disarankan bagi mengenal pasti status
jangkitan.
Walaupun kebanyakan pakar perubatan bersetuju bahawa jangkitan H pylori
mesti dirawat bagi mencegah padah yang lebih buruk pada masa akan
datang, rejim penjagaan standard kini bukanlah tanpa cabaran. Antara
permasalahan yang timbul daripada terapi termasuklah:
Rintangan antibiotik - dengan meningkatnya penggunaan antibiotik,
keberkesanannya dikompromikan memandangkan bakteria telah membina
ketahanan bagi mengatasi keberkesanan antibiotik.
Tahap pematuhan pesakit yang rendah - dengan beberapa rejim rawatan
yang memerlukan pesakit mengambil sehingga 17 tablet sehari dan
kehadiran kesan sampingan, pesakit sama ada malu atau tercicir daripada
rawatan lalu memburukkan lagi masalah rintangan antibiotik.
Penemuan kajian
Berasal daripada hutan pain di Rusia, ekstrak jejarum daun pain
dikenali sebagai Bioeffective A telah membuahkan hasil. Diekstrak
daripada sel hidup jejarum daun pain, Bioeffective A adalah
nutraseutikal yang telah menunjukkan kesan efektif terhadap jangkitan H
pylori
Dalam kajian terkini yang dijalankan di Pasteur Institute St Petersburg
di bawah penyeliaan Profesor Anatoly Zhebrun, pakar yang terkenal di
seluruh dunia di dalam bidang ini, Bioeffective A membantu
mempertingkatkan fungsi perut dan mengurangkan luka pra-kanser pada
perut.
Bioeffective A melakukannya melalui sifat antioksidanya yang unik,
ciri-ciri anti-bakteria langsung dan sifat penyingkiran toksik yang
membantu membentuk keadaan persekitaran yang kondusif bagi perut untuk
pulih. Bioeffective A dikaji dalam tempoh 80 tahun.
Dengan profil terapeutik yang menarik, Bioeffective A hampir tidak
memperoleh pengiktirafan dunia. Walaupun ia disenaraikan di dalam buku
rasmi farmakologi sejak 1950-an, kajian ini dikawal ketat sebagai rahsia
negara oleh Rusia yang dahulu dikenali sebagai Kesatuan Soviet.
Hanya melalui program pertukaran saintifik antara kerajaan dengan
Australia dan kejatuhan rejim politik sebelumnya yang membawa
Bioeffective A kepada perhatian dunia.
Dr Vagif Soultanov adalah saintis generasi keempat yang terlibat dengan program kajian Bioeefectives.
Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau
menggambarkan Bioeefective A sebagai bahan pemakanan yang berpotensi
untuk merevolusikan cara merawat penyakit di masa kini.
Sangat berkait rapat dengan “ibu hos” bagi bakteria H pylori, wanita
sepatutnya melakukan ujian ke atas diri mereka sekiranya simptom
gastritis sudah berlarutan dan sering kembali.
Selain daripada mengekalkan standard kebersihan yang tinggi (seperti
kerap mencuci tangan dan tidak berkongsi peralatan) suplemen semula jadi
Bioeffective A membantu untuk membendung jangkitan sekali gus membantu
wanita dan ahli keluarganya di mana sahaja untuk kekal bebas daripada
masalah perut dan sentiasa berasa hebat.
Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan kepada pharmacist@nuvanta.com.
Sumber : Unit Nuvaceuticals, Nuvanta Sdn Bhd