Monday, August 6, 2012

Hari Jadi


Hari Ulang Tahun Kelahiran
10 June 2012 adalah  hari jadiku yang 49. Sudah 5 tahun ku menderita penyakit kanser. Umur ku masih panjang walaupun mengikut doktor orang menghidap kanser jenisku hanya dapat bertahan 6 bulan sahaja.
 Hari ini ku cuba hadir ke sekolah setelah bercuti hampir 50 hari. Sebenarnya tubuhku masih lemah dan tak larat rasanya nak ke sekolah. Sampai di sekolah dengan dihantar oleh isteri(isteri mengajar di sekolah berhampiran) ku ke bilik guru dan bersalaman dengan beberapa orang guru. Ku ke pejabat sekolah bertanya tentang permohonan ubat Sutent. Rupa-rupanya surat dah sampai sebulan tetapi belum diproses. Entah bilalah akan dapat ubat tersebut.
Tiba masa ku ke kelas untuk mengajar. Ku masuk kelas tetapi tak larat lagi nak mengajar. Lambat rasanya masa nak pulang. Jam 2.15 ku pulang dan terus tidur lepas solat. Ku berbaring sepanjang petang dan malam. Sebelah malamnya ku berfikir sama ada nak ke sekolah atau ambil cuti.
Pada sebelah pagi isteri dan anak-anak sibuk nak ke sekolah. Ku jelaskan kepada isteri tak larat ke sekolah. Ku ke hospital mendapatkan cuti. Ku pergi dengan kereta sewa bersama emak. Nak pandu kereta tak larat. Doktor di klinik oncology beriku cuti panjang dan ku kini dalam proses medical board.
Kini ku mengalami masalah selalu sangkut makanan bila makan. Bila muntah baru lega dan barulah dapat makan semula. Ku juga sering sakit dada dan sakit perut. Dah beberapa kali ke Unit Kecemasan HUSM tetapi dibenarkan pulang bila sakit hilang. Kini bila sakit ku Cuma makan Celebrex dan jika masih tak berkesan ku makan pula Arcoxia(ubat tahan sakit)
Bagaimana nak menghadapi hari-hari seterusnya. Ku serahkan kepada Allah.

Wednesday, May 9, 2012

'One in six cancers worldwide are caused by infection'

Human papillomavirus particle Infection with human papillomavirus can cause cervical cancer

Related Stories

One in six cancers - two million a year globally - are caused by largely treatable or preventable infections, new estimates suggest.
The Lancet Oncology review, which looked at incidence rates for 27 cancers in 184 countries, found four main infections are responsible.
These four - human papillomaviruses, Helicobacter pylori and hepatitis B and C viruses - account for 1.9m cases of cervical, gut and liver cancers.
Most cases are in the developing world.
The team from the International Agency for Research on Cancer in France says more efforts are needed to tackle these avoidable cases and recognise cancer as a communicable disease.
'Preventable'
The proportion of cancers related to infection is about three times higher in parts of the developing world, such as east Asia, than in developed countries like the UK - 22.9% versus 7.4%, respectively.

Start Quote

Infection prevention ...could have a substantial effect on the future burden of cancer worldwide”
Dr Catherine de Martel and Dr Martyn Plummer
Nearly a third of cases occur in people younger than 50 years.
Among women, cancer of the cervix accounted for about half of the infection-related cancers. In men, more than 80% were liver and gastric cancers.
Drs Catherine de Martel and Martyn Plummer, who led the research, said: "Infections with certain viruses, bacteria, and parasites are some of the biggest and preventable causes of cancer worldwide
"Application of existing public-health methods for infection prevention, such as vaccination, safer injection practice, or antimicrobial treatments, could have a substantial effect on the future burden of cancer worldwide."
Vaccines are available to protect against human papillomavirus (HPV) - which is linked to cancer of the cervix - and hepatitis B virus - an established cause of liver cancer.
And experts know that stomach cancer can be avoided by clearing the bacterial infection H. pylori from the gut using a course of antibiotics.
Commenting on the work, Dr Goodarz Danaei from Harvard School of Public Medicine in Boston, the US, said: "Since effective and relatively low-cost vaccines for HPV and HBV are available, increasing coverage should be a priority for health systems in high-burden countries."
Jessica Harris of Cancer Research UK said: "It's important that authorities worldwide make every effort to reduce the number of infection-related cancers, especially when many of these infections can be prevented. In the UK, infections are thought to be responsible for 3% of cancers, or around 9,700 cases each year.
"Vaccination against HPV, which causes cervical cancer, should go a long way towards reducing rates of this disease in the UK. But it's important that uptake of the vaccination remains high. At a global level, if the vaccine were available in more countries, many thousands more cases could be prevented."

Monday, April 16, 2012

cuti panjang

Bermula 12 April hingga 24 Mei 2012 ku cuti panjang. tak larat lagi rasanya nak mengajar. Ku dalam dilema sama ada nak terus mengajar dalam keadaan tak larat atau nak bersara saja.

semoga Allah memberiku pilihan terbaik.

Saturday, March 17, 2012

Cuti Sekolah Yang Tiada Erti

Esok dah nak sekolah balik. Diri ini masih tak sihat. Seminggu cuti ku mengalami sakit dada dan demam. Pada 10 Mac, ku ke wad kecemasan kerana sakit dada. lepas dibuat ECG, didapati tiada masalah jantung. Kemudian doktor nak masukkan drip. Dua orang doktor dan dua orang MC cuba memasukkan drip (jarum ) untuk dimasukkan ubat tetapi tak berjaya. Kali ke-8 barulah serang MC lelaki berjaya m elakukannya. Ku nampak doktor gembira dengan kejayaan tersebut kerana mereka semua stress kerana tak berjaya berjaya melakukannya.

Ku diberikan ubat tahan sakit dan ubat gasrtrik. Dimasukkan juga air. selepas beberapa jam dibenarkan balik.
Sakit dada belumlahlah hilang sepenuhnya. Ku ambil tramadol yang bekalkan.

Kemudian diserang pula demam. Disebabkan  ada gastrik, ku guna ubat suppositori.

nampaknya terpaksa  berhernti di sini kerana badan dah tak larat. Semoaga Allah memberiku kekuatan untuk meneruskan sisa-sisa hiduo ini.

Thursday, March 1, 2012

Redalah Dengan Qada dan Qadar Allah

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Suatu hari al-Imam Sufyan al-Thawri berdoa: “Ya Allah aku memohon keredaan-Mu.” Tiba-tiba Rabi’ah menegur beliau: “Apakah engkau tidak malu meminta reda-Nya sedangkan engkau sendiri belum reda kepada-Nya?” Lantas Sufyan menangis sambil mengucapkan lafaz istighfar berulang-ulang.
Rabi’ah pernah ditanya oleh seorang muridnya: “Bilakah seseorang itu reda kepada Allah?” Beliau menjawab: “Apabila kegembiraannya datang ketika dia ditimpa musibah sama seperti ketika dia mendapat nikmat.” Begitulah dalamnya ‘hubungan hati’ seorang hamba kepada Allah SWT. Kadang-kadang kita tak mahu sesiapapun terguris hatinya oleh tangan kita, tetapi pernahkah kita terfikir siapakah yang sesungguhnya paling banyak disakiti oleh perbuatan kita? Allah SWT Maha Sabar dan Maha Lembut kepada hamba-hamba-Nya, berulang kali kesalahan yang sama dilakukan oleh seorang hamba namun Dia Maha Pengampun, Penyayang dan Pemurah. Dosa-dosa kita dibalas dengan kurniaan nikmat dan limpahan rahmat.
Hubungan hati seorang hamba dengan Allah SWT terjalin dengan ikatan reda. Reda kepada Allah SWT bermakna menerima qadak dan qadar yang ditentukan oleh-Nya ke atas diri kita. Umar bin al-Khattab pernah berkata: “Aku tidak kisah bagaimana keadaanku pada waktu pagi dan petang, sama ada dalam kesulitan atau kelapangan.” Di dalam hadis qudsi Allah SWT berfirman melalui sabda baginda SAW yang bermaksud: “Mengapakah para kekasih-Ku bersedih terhadap dunia? Sesungguhnya sedih kerana urusan dunia dapat menghilangkan manisnya bermunajat kepada-Ku daripada hati mereka.”
Tidakkah kita malu merungut atas ketentuan Allah SWT? Tusukan-tusukan duri di dalam hati sememangnya menyakitkan, melalui pergaulan kita dengan orang lain tentunya ada yang mengecewakan, melukakan bahkan mencabar kesabaran. Tidakkah kita sedar semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT? Kena marah suami, dengar leteran isteri, kena sindiran bos, melayan kerenah anak-anak, masalah orang gaji, ibu bapa yang uzur, kawan-kawan yang dengki dan pelbagai masalah dalam pergaulan yang memberi tekanan kepada jiwa dan perasaan kita.
Mengapa seorang mukmin dituntut untuk bersikap reda? Hakikatnya syariat Allah SWT disusun untuk mengatur perjalanan hidup manusia. Allah SWT menyediakan ubat untuk manusia hidup bahagia. Tanpa ubat ini mereka akan sakit dan tertekan oleh cabaran duniawi yang pasti takkan sanggup mereka tanggung. Ubat itu adalah ibadah kepada Allah SWT. Benarkah ibadah menjadi jalan keluar bagi masalah tekanan jiwa?
Ibadah dalam Islam meliputi dua aspek yang saling berpengaruh antara satu dengan yang lainnya. Ibadah zahir seperti sembahyang, puasa dan haji. Dan ibadah batin atau hati iaitu melalui sifat reda, sabar, tawakal, syukur, malu, takut dan harap kepada Allah SWT. Tanpa ibadah batin seseorang akan merasa kekosongan dalam melakukan sembahyang atau terpaksa berpuasa dan menunjuk-nunjuk ketika mengeluarkan zakat. Tiada kenikmatan dan kemanisan jika melakukan ibadah zahir tanpa disertai ibadah batin. Zahir akan berkualiti jika batin turut berkualiti. Demikian juga halnya dengan kekuatan tubuh badan yang pada hakikatnya bergantung kepada kekuatan hati. Pakar ahli psikologi banyak melakukan kajian tentang mentaliti sihat boleh memberi kesan kepada kesihatan jasmani.
Apabila jiwa reda, hati lapang dan wajah berseri, segala sesuatu pasti akan dapat terkawal dengan baik. Melalui ibadat hati ketenteraman akan dirasa, tetapi ia tidak semudah yang dibayangkan. Ia perlu kepada mujahadah dan mengikut proses tarbiyah ruhiyah yang jalannya mendaki tinggi. Sesungguhnya reda kepada Allah SWT adalah satu pintu daripada pintu-pintu cinta kepada Allah SWT. Bukankah seorang kekasih sentiasa reda ke atas perbuatan kekasihnya?
Reda bukan bermakna menyerah dan berputus asa kepada takdir, tidak mahu berusaha dan berikhtiar untuk mendapat kebaikan dalam kehidupan seterusnya. Sifat begini sungguh bertentangan dengan hakikat reda yang diamalkan oleh Baginda SAW. Sepertimana perkataan Syaikhul Islam Ibnu Taymiyah: ”Rasulullah SAW meminta rasa reda sesudah berlaku takdir kerana pada saat itu telah demikian nyata hakikat reda, sedangkan reda sebelum berlakunya takdir yang sedemikian itu hanyalah tekad dan keinginan untuk reda apabila takdir berlaku kepada diri baginda SAW nanti. Kerana sesungguhnya hakikat reda adalah sesudah berlakunya takdir yang ditentukan.”
Reda juga bermakna tidak menentang apa yang ditentukan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya, bahkan tidak sedikitpun mengeluh atau mempunyai keinginan terhadap sesuatupun selain apa yang telah ditakdirkan oleh-Nya. Umar bin Abdul Aziz pernah berdoa: ”Ya Allah jadikanlah aku reda dengan qadak-Mu dan berikanlah keberkatan di dalam qadar-Mu sehingga aku tidak suka mendahulukan sesuatu yang Engkau akhirkan dan mengakhirkan sesuatu yang Engkau dahulukan.”
Mengapa seorang hamba sanggup mencela Tuhannya dengan mengatakan: ”Alangkah baiknya kalau Tuhanku tidak mentakdirkan ini, alangkah baiknya kalau hal ini tidak terjadi.” Bagaimana boleh dikatakan ia reda jika dia mencela sesuatu pada penciptaan Allah sedangkan Allah tidak mencela ciptaan-Nya sendiri.
Cukuplah bagi kita peringatan daripada al-Quran yang bermaksud: ”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.” Surah al-Baqarah ayat: 216
Sumber :- http://drjuanda.com/

PERMOHONAN SAMBUNGAN UBAT KIMOTERAPI


PERMOHONAN SAMBUNGAN UBAT KIMOTERAPI
22 Feb.2011 adalah temujanji dengan klinik SOPD tetapi malangnya  doktor tiada kerana semua mereka terlibat dengan seminar. Pihak hospital pula tidak maklumkan kepadaku sedangkan bekalan ubat gastrikku hampir habis. Ku dinasihatkan ke Klinik pesakit luar tetapi malang sekali lagi kerana ia dah tak terima pesakit kerana melebihi kuota pada hari itu. Ku fikir cara penyelesaiannya dan akhirnya ku ke klinik Onkology. Alhamdulillah mereka terima pendaftaranku dan ku dapatkan ubat gastrik daripada doktor Oncology.
24 Feb.2012 ku terima telefon daripada Jabatan Kebajikan HUSM meminta ku datang mengambil borang permohonan mendapatkan ubat Sutent. Selepas tamat persekolahan ku bergegas ke HUSM bimbang pejabat tutup. Ku lihat kos ubat untuk 3 bulan ialah RM53,700.00.
Esoknya ku hantar surat permohonan ke pihak sekolah. Entah bila ubat akan diluluskan tak tahulah. Sebenarnya ku agak serik makan ubat Sutent yang dipohon kerana kesan sampingan terlalu teruk hingga ku tak dapat berjalan kerana lebam tapak kaki, ulser mulut dan keletihan melampau.
Kesihatanku sekarang pula bukanlah sihat sangat. Badan selalu letih hingga ku tak dapat berjemaah di masjid, Cuma hari Jumaat ku paksa diri juga ke masjid. Ku juga paksa diri ke sekolah untuk mengajar, nak pencen pun rasanya masih boleh lagi ke sekolah. Kalau teruk sangat mungkin terpaksalah pencen awal. Ku serahkan kepada Mu Ya Allah.

POHON SUMBANGAN DERMA MASJID


POHON SUMBANGAN DERMA UNTUK MEMBINA BANGUNAN MASJID,ASRAMA PELAJAR & GURU TAHFIZ
Kompleks Tarbiyah Tajul Ariffin, Lot 1061, Jln. Kg.Sungai Baru, Kg.Paya Mengkuang, Perupok, 16300 Bachok,Kelantan akan membina kompleks Pengajian Tahfiz dan memohon derma dari anda semua. Anggaran kosnya RM1,261,000.00.
Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui Bank Islam Malaysia(BIMB) atas nama  TQN Care Enterprise No.AK: 3036010053479. Manakala bahan binaan boleh dihantar terus ke alamat di atas. Sebarang pertanyaan boleh hubungi tel: 019—9489094.
Keperihatinan dan sumbangan Yb.Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W “SESIAPA YANG MEMBINA MASJID DENGAN HATI YANG IKHLAS KERANA ALLAH TAALA, NESCAYA ALLAH MEMBINA UNTUKNYA MAHLIGAI DI SYURGA”H.R.MUSLIM.
USTAZ MUHAMAD SHARIFUDDIN BIN NOH
PENGARAH
Kompleks Tarbiyah Tajul Ariffin
Kg.Paya Mengkuang,
Bachok,Kelantan.

Monday, January 30, 2012

LAWATAN ALUMNI SMK BACHOK

Jumaat 27 Januari , ku terima panggilan dari kawan lama di SMK Bachok, katanya ada bekas pelajar Form 6 nak datang ziarah. Kebetulan hari ini ku kurang sihat, dadaku terasa sakit, mungkin gejala gastrik dan paling ku takut jika jantung. Dulu gejala yang sama melandaku dan bila dibuat ECG tak menunjukkan gejala jantung.

Jam 5 petang mereka datang, rupa-rupanya bukan pelajarku tetapi Ahli Alumni Smk Bachok (Essemby Club). Sebenarnya kelab ini ditubuhkan oleh ku dan kawan-kawanku pada tahun 2002 dan selepas 3 tahun ia berkubur dan kini ada yang nak teruskan balik, baguslah.

Sepanjang lawatan itu banyaklah ceritanya dan yang paling menarik kisah seorang pesakit kanser. Sebenarnya ku pernah berjumpa dengannya di klinik oncology kerana ia mengalami kanser paru-paru. Dia menangguhkan kimoterapi untuk mengandung dan mendapat anak. Selepas bersalin baru kimoterapi. Beliau bertugas balik sebagai guru namun beliau terus diberi tugas-tugas seperti sebelum sakit. Akhirnya hari ini baru ku tahu dia telah kembali ke rahmatullah.
Terima kasih kepada Essembee Club kerana menziarahi ku.

Pada sebelah malamnya sakit dadaku semakin kuat. Akhirnya ku ke Unit Kecemasan HUSM  dan seperti biasa dimasukkan drip, nasib baik 2 kali cucuk sajaUbat dimasukkan melaluinya. ECG juga dibuat Dari jam 9.30 malam, 7 pagi baru pulang. Ku cuma dibekalkan Tramadol, dan Nexium(gastrik).

Hari Ahad dan Isnin ku cuti sakit. Semoga selepas ini tak perlu cuti sakit lagi.

Thursday, January 19, 2012

Temu Janji Pertama Oncology 2012

Hari ini ku ke klinik Oncology yang entah keberapa kali pun dah ku lupa. Sedar tak sedar dah 5 tahun ku menghidap kanser. Dah hampir 3 minggu badan rasa lemah, sakit seluruh tubuh, namun ku gagahkan diri memandu dan sampai di HUSM kena parking kat luar kerana parking di dalam hospital telah penuh. Selepas ku daftar, ku mencari Pn.Asmat, kaunselor kanser dan akhirnya ku temuinya sedang menjual buku Prof. Hasanah Che Ismail kepada seseorang.Pucuk dicita ulam mendatang. Ku terus membeli buku tersebut kerana telah lama ku nanti kemunculan buku Doktor Psikologi Kanser ini.


Nama dipanggil dan ku berjumpa dengan Pakar kanser. Prof.Biswa. Pemeriksaan rutin saja, dan ku maklumkan belum dapat ubat Sutent kerana pihak Kebajikan HUSM masih memprosesnya.Bila ku beritahu badan selalu letih, dia maklumkan kanser yang memakan nutrien. Baru sebentar tadi ku serahkan  di pejabat kebajikan, tak tahulah, .Ku diarahkan Prof.Biswal melakukan x-ray bila ku beritahu dadaku sakit. Alhamdulillah tidak ada masalah.

Sebaik saja pulang ku tersu baring kerana terlalu letih. Moga Allah memberi ku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Tuesday, January 10, 2012

BELI BUKU MENGENAI KANSER DARIPADA PENULIS(Dr.Hasanah)

Beli Buku Daripada Penulis

Bayaran sebanyak RM38 ringgit [Buku: RM30; Pengiriman: RM8]
HASANAH BINTI CHE ISMAIL
e-mail kan butiran diri nama/alamat/no. talipon dan bank pembayaran yang diingini ke:
Tempahan akan diproses setelah bukti pembayaran di emailkan
Hantaran dibuat pada hari Ahad - Khamis
 Maklumat lanjut mengenai buku - KLIK di bawah:
 Kanser Payudara: Teman Ke Akhir Hayat




Saturday, January 7, 2012

Bagaimana Berinteraksi Dengan Pesakit Kanser

Bagaimanakah anda berinteraksi dengan seorang yang telah mengalami kanser?
Oleh: Dr Evelyn Ho Lai Ming

Berikut adalah beberapa pengajaran yang saya telah mendapati setelah mendengar ceramah yang telah dipersembahkan oleh seorang yang mengalami kanser, Ranjit Kaur.

Mari kita cuba teka siapa antara semua orang di gambar pada sebelaha kiri telah mengalami kanser payudara. Tentu sekali, anda tidak dapat berbuat demikian.  
Semua orang di gambar tersebut adalah penghidap kanser payudara kecuali 3 orang. Mereka yang menghidap kanser payudara dengan yang tidak, sama kecuali pilihan pakaian, jantina, rupa, warna kulit dan saiz!! 
Walau bagaimanapun, perjalanan mengatasi kanser bukan sesuatu yang senang dan kita tidak ingin memberi pandangan kepada orang ramai bahawa perjalanan itu senang. Bagi sesetengah orang, perjalanan ini senang dan bagi yang lain, ini memang susah bergantung kepada pelbagai faktor yang terlibat.  
Anda mungkin berpendapat bahawa anda tidak terlibat dalam proses pemulihan seorang pesakit kanser payudara. Lebih-lebih lagi, anda tidak mengenali seseorang yang mengalami kanser payudara. Anda mungkin terkejut bahawa orang yang anda ketahui memang telah mengalami dan mengatasi kanser payudara atau baru melaluinya. 
Tertera di bawah adalah beberapa perkara yang perlu anda mengambil kira apabila berhubung ataupun berinteraksi dengan seorang yang telah, sedang atau baru di diagnosis dengan kanser payudara. Anda tidak tahu masa serta cara peluang menolong akan menimbul. Isi penting ini mungkin juga boleh membantu seorang rakan sekerja/kawan/saudara yang mengalami kanser selain kanser payudara!  
Perkara No.1 - Ucapkan tahniah kepada seorang yang telah mengalami dan mengatasi kanser payudara. 
Apabila berdepan dengan seorang yang baru mengetahui bahawa beliau mempunyai kanser payudara – jangan tunjuk muka yang sedih atau kelihatan terkejut atau tersasul. Malah ucapkan tahniah! Biasanya kami tidak tahu perkara yang ingin dibangkitkan ...  kanser payudara memang menggerunkan kami!  
Bagi seorang yang baru keluar dari diagnosis kanser dan kemudian rawatan dan seterusnya beransur pulih, mereka akan mengalami satu perjalanan yang penuh asam garam hidup. Mereka akan muncul lebih tabah dengan identiti baru serta menghadapi setiap hari seterusnya dengan bersemangat. Mereka gembira dan bersyukur kerana masih hidup dan setiap hari adalah satu hari tambahan bagi mereka. Memang berlainan dengan kami yang ‘sempurna’ dan begitu enggan menghadapi kerja dan pengalaman seterusnya!  
Perkara  No.2 – Diagnosis hanya adalah permulaan ‘Perjalanan’ bagi seorang yang mengalami dan mengatasi kanser payudara. 
Diagnosis hanya permulaan bagi seorang pesakit kanser payudara. Sokongan daripada semua orang termasuk sebuah kumpulan pakar perubatan yang terlatih serta prihatin memang asas dalam usaha membantu pesakit membuat pilihan baik serta mengatasi cabaran yang akan dihadapinya.  
Perkara No.3 – Elakkan cerita negatif terutamanya mengenai mereka yang mengalami kanser payudara. 
Apakah yang kita patut berkata apabila kami melawat seorang pesakit (kawan) yang sedang mengalami rawatan kanser payu dara (atau baru melepasi pembedahan atau kemoterapi)? Kami patut elak berbual mengenai cerita negatif yang kami pernah dengar mengenai pesakit kanser payudara. Jika kami tidak ada apa-apa untuk berkata, adalah memadai setakat melawat mereka dan memberi mereka sokongan. Perkara yang mesti dielakkan adalah memberitahu mengenai seseorang yang telah meninggal dunia begitu cepat selepas pembedahan atau kemoterapi atau telah mengalami kanser semula setelah 6 bulan!  
Perkara No.4 – Dapatkan seorang kaunselor bagi pesakit tersebut - samada kawan/saudara/rakan sekerja 
Mereka yang baru di diagnosis dengan kanser payudara mesti digalakkan untuk bertemu dan berbual dengan seorang yang telah mengalami semua yang dialami oleh seorang yang menghadapi kanser payudara termasuk rawatan serta proses pemulihan. Bertemu dengan seorang yang telah mengalami dan mengatasi kanser payudara adalah seperti melihat ‘cahaya di hujung terowong’ bagi seorang yang baru didiagnosis dengan kanser payudara. Ini adalah salah satu sebab asas Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) telah diwujudkan – demi memberi sokongan dan bantuan kepada mereka yang telah diganggu secara emosi dan psikologi oleh diagnosis mereka.  
Anda boleh membantu dengan berhubung dengan ahli BCWA jika anda mempunyai kawan/saudara/rakan sekerja yang baru didiagnosis dengan kanser payudara dan memerlukan seseorang untuk  berbincang mengenai keadaannya - seseorang yang memahami perkara yang pesakit tersebut tengah mengalami. 
Perkara No.5  - Jangan percaya cerita kuno atau terapi ganjil! 
Kadang kala kami ingin membantu tetapi sebaliknya tidak (secara tidak sengaja). Dalam usaha kami membantu, kami terus menceritakan apa yang kami terdengar tanpa mengetahui cara rawatan ataupun nasihat tersebut mujarab, selamatl ataupun tidak. Halangan mengenai makanan atau makanan yang “mesti” di makan, rawatan tradisi, terapi alternatif yang kami ketahui disalurkan tanpa memikirkan implikasinya kepada kawan kami yang mengalami kanser payudara.
Ini boleh mengelirukan atau mengganggu status nutrisi mereka sehingga mereka menjadi semakin sakit dan senang menghadapi masalah kesihatan lain. Tambahan pula, cerita ini boleh mengganggu rawatan yang dicadangkan oleh pakar perubatan pesakit tersebut. Cerita ini boleh melemahkan tekad pesakit untuk menjalani rawatan kerana pesakit menyangka bahawa terdapat pilihan lain yang lebih ringkas untuk menyelesaikan kansernya. Ingat, keadaan emosi dan psikologi pesakit tidak kukuh dan bergantung pada fasa mereka mengalami dan mungkin senang terpengaruh oleh sebarang cadangan bagi rawatan alternatif yang dianggap berkesan.  
Seperti yang dikatakan oleh Cik Ranjit, anda boleh makan apa-apa sahaja setelah anda menjalani kemoterapi. Semua kaunselor BCWA boleh memperakui perkara ini.
Semasa kemoterapi, Ms L. Mageswary menyediakan panduan mengenai pemakanan dalam artikel Kanser Payudara dan Pemakanan.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

1 Januari 2012 telah menjenguk diri di jendela dunia hari ini. Pelbagai azam dibuat oleh setiap orang agar hidup lebih berjaya tahun ini. Sebenarnya banyak lagi azam tahun lepas yang belum terlaksana dan bolehlah dibawa ke tahun ini. Tahun 2011 yang kita tinggalkan banyak suka dukanya sama ada dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Tak payah diulas sebenarnya kerana telah terlalu banyak diulas dalam media alternatif(internet).

Bagiku pula, ku mahukan tingkatkan ilmu, iman dan amal sebagai persediaan di akhirat nanti. Ku juga amat bersyukur kepada Allah jika kanserku sembuh dan dapat beribadat dan bekerja dengan sempurna.

Pagi tadi ku ke Maybank, buku akaun SSPN untuk 2 orang anakku. Ku semak duit di ATM dan gembiranya ku kerana duit tuntuan ubatku berjumlah RM25,000.00 telah dibayar oleh kerajaan walaupun mengambil masa 4 tahun.

Selasa ni sekolah akan dibuka semula. Bermualah sekali lagi tugas mencabar sebagai seorang guru. Ku berdoa agar ku dapat bertugas dengan baik agar rezeki ku halal.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DAN SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH.