Bagaimanakah anda berinteraksi dengan seorang yang telah mengalami kanser?
Berikut
adalah beberapa pengajaran yang saya telah mendapati setelah mendengar
ceramah yang telah dipersembahkan oleh seorang yang mengalami kanser,
Ranjit Kaur. |
Semua
orang di gambar tersebut adalah penghidap kanser payudara kecuali 3
orang. Mereka yang menghidap kanser payudara dengan yang tidak, sama
kecuali pilihan pakaian, jantina, rupa, warna kulit dan saiz!!
Walau
bagaimanapun, perjalanan mengatasi kanser bukan sesuatu yang senang dan
kita tidak ingin memberi pandangan kepada orang ramai bahawa perjalanan
itu senang. Bagi sesetengah orang, perjalanan ini senang dan bagi yang
lain, ini memang susah bergantung kepada pelbagai faktor yang terlibat.
Anda
mungkin berpendapat bahawa anda tidak terlibat dalam proses pemulihan
seorang pesakit kanser payudara. Lebih-lebih lagi, anda tidak mengenali
seseorang yang mengalami kanser payudara. Anda mungkin terkejut bahawa
orang yang anda ketahui memang telah mengalami dan mengatasi kanser
payudara atau baru melaluinya.
Tertera
di bawah adalah beberapa perkara yang perlu anda mengambil kira apabila
berhubung ataupun berinteraksi dengan seorang yang telah, sedang atau
baru di diagnosis dengan kanser payudara. Anda tidak tahu masa serta
cara peluang menolong akan menimbul. Isi penting ini mungkin juga boleh
membantu seorang rakan sekerja/kawan/saudara yang mengalami kanser
selain kanser payudara!
Perkara No.1 - Ucapkan tahniah kepada seorang yang telah mengalami dan mengatasi kanser payudara.
Apabila
berdepan dengan seorang yang baru mengetahui bahawa beliau mempunyai
kanser payudara – jangan tunjuk muka yang sedih atau kelihatan terkejut
atau tersasul. Malah ucapkan tahniah! Biasanya kami tidak tahu perkara
yang ingin dibangkitkan ... kanser payudara memang menggerunkan kami!
Bagi
seorang yang baru keluar dari diagnosis kanser dan kemudian rawatan dan
seterusnya beransur pulih, mereka akan mengalami satu perjalanan yang
penuh asam garam hidup. Mereka akan muncul lebih tabah dengan identiti
baru serta menghadapi setiap hari seterusnya dengan bersemangat. Mereka
gembira dan bersyukur kerana masih hidup dan setiap hari adalah satu
hari tambahan bagi mereka. Memang berlainan dengan kami yang ‘sempurna’
dan begitu enggan menghadapi kerja dan pengalaman seterusnya!
Perkara No.2 – Diagnosis hanya adalah permulaan ‘Perjalanan’ bagi seorang yang mengalami dan mengatasi kanser payudara.
Diagnosis
hanya permulaan bagi seorang pesakit kanser payudara. Sokongan daripada
semua orang termasuk sebuah kumpulan pakar perubatan yang terlatih
serta prihatin memang asas dalam usaha membantu pesakit membuat pilihan
baik serta mengatasi cabaran yang akan dihadapinya.
Perkara No.3 – Elakkan cerita negatif terutamanya mengenai mereka yang mengalami kanser payudara.
Apakah
yang kita patut berkata apabila kami melawat seorang pesakit (kawan)
yang sedang mengalami rawatan kanser payu dara (atau baru melepasi
pembedahan atau kemoterapi)? Kami patut elak berbual mengenai cerita
negatif yang kami pernah dengar mengenai pesakit kanser payudara. Jika
kami tidak ada apa-apa untuk berkata, adalah memadai setakat melawat
mereka dan memberi mereka sokongan. Perkara yang mesti dielakkan adalah
memberitahu mengenai seseorang yang telah meninggal dunia begitu cepat
selepas pembedahan atau kemoterapi atau telah mengalami kanser semula
setelah 6 bulan!
Perkara No.4 – Dapatkan seorang kaunselor bagi pesakit tersebut - samada kawan/saudara/rakan sekerja
Mereka
yang baru di diagnosis dengan kanser payudara mesti digalakkan untuk
bertemu dan berbual dengan seorang yang telah mengalami semua yang
dialami oleh seorang yang menghadapi kanser payudara termasuk rawatan
serta proses pemulihan. Bertemu dengan seorang yang telah mengalami dan
mengatasi kanser payudara adalah seperti melihat ‘cahaya di hujung
terowong’ bagi seorang yang baru didiagnosis dengan kanser payudara. Ini
adalah salah satu sebab asas Persatuan Kebajikan Kanser Payudara
(BCWA) telah diwujudkan – demi memberi sokongan dan bantuan kepada
mereka yang telah diganggu secara emosi dan psikologi oleh diagnosis
mereka.
Anda
boleh membantu dengan berhubung dengan ahli BCWA jika anda mempunyai
kawan/saudara/rakan sekerja yang baru didiagnosis dengan kanser payudara
dan memerlukan seseorang untuk berbincang mengenai keadaannya -
seseorang yang memahami perkara yang pesakit tersebut tengah mengalami.
Perkara No.5 - Jangan percaya cerita kuno atau terapi ganjil!
Kadang
kala kami ingin membantu tetapi sebaliknya tidak (secara tidak
sengaja). Dalam usaha kami membantu, kami terus menceritakan apa yang
kami terdengar tanpa mengetahui cara rawatan ataupun nasihat tersebut
mujarab, selamatl ataupun tidak. Halangan mengenai makanan atau makanan
yang “mesti” di makan, rawatan tradisi, terapi alternatif yang kami
ketahui disalurkan tanpa memikirkan implikasinya kepada kawan kami yang
mengalami kanser payudara.
Ini
boleh mengelirukan atau mengganggu status nutrisi mereka sehingga
mereka menjadi semakin sakit dan senang menghadapi masalah kesihatan
lain. Tambahan pula, cerita ini boleh mengganggu rawatan yang
dicadangkan oleh pakar perubatan pesakit tersebut. Cerita ini boleh
melemahkan tekad pesakit untuk menjalani rawatan kerana pesakit
menyangka bahawa terdapat pilihan lain yang lebih ringkas untuk
menyelesaikan kansernya. Ingat, keadaan emosi dan psikologi pesakit
tidak kukuh dan bergantung pada fasa mereka mengalami dan mungkin senang
terpengaruh oleh sebarang cadangan bagi rawatan alternatif yang
dianggap berkesan.
Seperti
yang dikatakan oleh Cik Ranjit, anda boleh makan apa-apa sahaja setelah
anda menjalani kemoterapi. Semua kaunselor BCWA boleh memperakui
perkara ini.
Semasa kemoterapi, Ms L. Mageswary menyediakan panduan mengenai pemakanan dalam artikel Kanser Payudara dan Pemakanan. |
BLOG INI BUKAN NASIHAT PROFESIONAL.IA ADALAH PENGALAMAN PENULIS.DAPATKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR PAKAR ANDA DI HOSPITAL YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
Saturday, January 7, 2012
Bagaimana Berinteraksi Dengan Pesakit Kanser
Sunday, January 1, 2012
Selamat Tahun Baru 2012
1 Januari 2012 telah menjenguk diri di jendela dunia hari ini. Pelbagai azam dibuat oleh setiap orang agar hidup lebih berjaya tahun ini. Sebenarnya banyak lagi azam tahun lepas yang belum terlaksana dan bolehlah dibawa ke tahun ini. Tahun 2011 yang kita tinggalkan banyak suka dukanya sama ada dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Tak payah diulas sebenarnya kerana telah terlalu banyak diulas dalam media alternatif(internet).
Bagiku pula, ku mahukan tingkatkan ilmu, iman dan amal sebagai persediaan di akhirat nanti. Ku juga amat bersyukur kepada Allah jika kanserku sembuh dan dapat beribadat dan bekerja dengan sempurna.
Pagi tadi ku ke Maybank, buku akaun SSPN untuk 2 orang anakku. Ku semak duit di ATM dan gembiranya ku kerana duit tuntuan ubatku berjumlah RM25,000.00 telah dibayar oleh kerajaan walaupun mengambil masa 4 tahun.
Selasa ni sekolah akan dibuka semula. Bermualah sekali lagi tugas mencabar sebagai seorang guru. Ku berdoa agar ku dapat bertugas dengan baik agar rezeki ku halal.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DAN SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH.

Monday, December 19, 2011
Cuti Pesakit Kanser
Cuti Tibi, Barah dan Kusta
Rujukan :
Perintah Am 31 dan 53 Bab ‘C’. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.
Tujuan :
Diberikan kepada pegawai yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang.
Syarat :
i)Pegawai disahkan menghidap penyakit tibi atau kusta atau barah atau lain lain penyakit yang setaraf dengannya.
ii)Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan.
Kadar :
i)Pegawai
yang menghidap penyakit barah atau kusta – tidak melebihi 24 bulan cuti
sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah
diambilnya kerana penyakit penyakit lain.
ii)Pegawai
yang menghidap penyakit tibi – tidak melebihi 12 bulan cuti sakit
bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah
diambilnya kerana penyakit penyakit lain.
iii)
Kemudahan (i) dan (ii) juga diberikan kepada jenis penyakit yang
setaraf dengan penyakit tibi, kusta atau barah yang memerlukan tempoh
rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan
hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.
iv) Setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii), pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang masih berkelayakkan.
v) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah setelah tamatnya cuti di (i), (ii) dan (iv).
vi)
Setelah menghabiskan semua cuti di (i), (ii), (iv) dan (v) tiada apa
apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Ketua
Setiausaha Kementerian setelah meneliti Laporan Lembaga Perubatan. Ketua
Setiausaha Kementerian boleh menimbang apa apa cuti tambahan samaada
bergaji penuh atau separuh gaji atau pegawai itu boleh dibersarakan
daripada perkhidmatan.
Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam.
Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1992.
Friday, December 9, 2011
BUKU DOKTORKU
http://selfprescription.blogspot.comToday, in my mail is a parcel containing the book on breast cancer that I wrote.
Titled: KANSER PAYUDARA - Teman ke Akhir Hayat
The book has 320 pages, with references and index, published by Dewan Bahasa Pustaka. The happiest person is of course by supporter and no 1 fan.
The copy is author's first copy and the rest will be handed to me on the launching day, most probably before January 2012 in USM Penang Campus or in Putra Jaya. Thus, I presumed, the book will only be in bookstore after the launch.
The
second part is more on naturopathic way of treatment, stressing
on variable aggressiveness of breast cancer and dissimilar vulnerability
and strength of cancer survivors. It includes a chapter on coping with
sexuality and sex. 

Titled: KANSER PAYUDARA - Teman ke Akhir Hayat
The book has 320 pages, with references and index, published by Dewan Bahasa Pustaka. The happiest person is of course by supporter and no 1 fan.
The copy is author's first copy and the rest will be handed to me on the launching day, most probably before January 2012 in USM Penang Campus or in Putra Jaya. Thus, I presumed, the book will only be in bookstore after the launch.
The
book has two parts, the first is on author's and patients' experiences
coping with breast cancer and the stories are integrated with the facts
about clinical presentation, staging, pathological features and its
implication on prognosis and the treatment for breast cancer.
So,
while writing this entry, I am smiling at myself (on the book's cover),
thinking of my bitter sweet memories coping with breast cancer
treatment and after 5 years survival and a book on the same topic,
published with DBP, I could not deny God's blessing that came my way,
for much of what I experienced in life is summarised as "It was so wrong
but it came out so right."
BACA BLOGSNYA: http://selfprescription.blogspot.com
Thursday, December 1, 2011
Hilang Satu Sakit Datang Sakit lain
Selasa
29 Nov 2011 bersamaan 3 Muharam, ku bersama isteri ke Southern Bank(Dulu EON
Bank) untuk membayar ansuran keretaku yang terakhir. Dah jelaslah semua ansuran
kereta Gen-2 yang ku bila selepas ku menjalani pembedahan kanser perut. Ku beli
kerena kereta dulu manual, jadi ku tukar automatik supaya senang dipandu.
Sewaktu
ku ke HUSM melawat saudara yang sakit, ku terasa sakit dada. Ia berterusan
hingga ke malam. Ku ke klinik dan dibuat ECG, Pembantu perubatan yang juga
bekas muridku memberitahu ada sedikit masalah jantung tetapi bila dirujuk
kepada doktor, keputusannya baik saja. Doktor kata mungkin kesan penyakit
barahku.
Paginya kurasa sihat sikit, tetapi bila lepas makan petang, sakit datang
lagi, dan jam 3.00 malam ku buang air dan muntah dalam tandas. Selepas tu rasa
lega sikit hinggalah Solat Subuh.Lepas Subuh boleh berehat kerana sekarang cuti
sekolah.
Kegembiraanku
kerana bisulku telah sembuh lenyap dengan kesakitan baru yang melanda. Semangat
ku jatuh merudum. Ku cuba bangkit semula tetapi sebagai insan yang lemah,
selama manakah ku dapat berjuang melawan kanser ini. Ku selalu memohon kepada
Allah semoga ku diberi kekuatan untuk menempuh segala ujianNYa. Amin.
Saturday, November 26, 2011
Temu Janji Oh Temu Janji
Minggu ini ada dua temujanji. Hari Ahad temujanji dengan Pakar Bedah dan Hari Khamis dengan Pakar Oncologi(Kanser) Tiada apa yang istimewa. Semasa jumpa pakar bedah, doktor cuma bertanya masih makan lagi ke Sutent. Macam mana nak makan ubat tiada. Dah 5 bulan tak makan kerana kerajan cuma bekalkan 3 bulan. Lepas tu kena mohon balik. Proses nak dapat kelulusan yang pertama dulu mengambil masa setahun. Bulan 9 mohon balik tetapi bila ku tanya lepas jumpa doktor, borangku masih belum diambil apa-apa tindakan.
Doktor bedah beritahu bahawa ada lagi ubat yang lebih mahal dari Sutent, ku tak tanya pula sebab sebenarnya ku dah tak berapa berminat dengan ubat kimoterapi kerana kesan sampingannya yang terlalu teruk dan harganya yang memang ku tak mampu jika tidak ditanggung oleh kerajaan. Namun ku isi juga borang memohon ubat takut melanggar arahan doktor pula.
Hari Khamis, jumpa pula Pakar Kanser. Cuma pemeriksaan biasa, doktor memeriksa fistula(bisul). Nanah dah kurang keluar. Bisulku ini kadang-kadang keluar nanah dan kadang-kadang tertutup dan bila sakit terpaksa pula ku cucuk dengan jarum supaya nanah keluar dan sakit berkurangan. Alhamdulillah beberapa hari ini bisul tak sakit dan nanahpun tak keluar. Ku tak tahu apa makanan tambahan yang ku makan yang sesuai dengan penyakitku. Cuma dulu ku makan susulebah tetapi dah ku kurangkan. Kini ku makan pula Keladi Tikus. Dah 6 bulan ku makan. Allah yang menyembuh bukan ubat, ubat cuma ikhtiar.
Kepada semua "follower" ku ucapkan terima kasih atas sokongan kalian bagi ku menghadapi dugaan Allah ini.
Wassalam.

Tuesday, November 15, 2011
Doa dan Harap Mengiringi Masa
Assalamualaikum. Dah lama juga ku tak menulis. Entah kenapa tubuh selalu lemah, maka semangat untuk menulis turut hilang bersama masa. Bagi mengatasi rasa lemah tubuhku, ku minum madu khaula, tetapi tiada perubahan nampaknya. Isteriku dah beberapa kali menyuruhku minum,susu kambing kerana dah lama ku tak minumnya. Mungkinkah tubuh ku lemah seperti lepas kimoterapi kerana ku makan kapsul keladi tikus. Walaupun tubuhku letih, ku tetap makan kapsul keladi tikus kerana perubahan yang agak baik kepada bisulku kerana ia samakin mengecil. Dah beberap kali bisulku tertutup tetapi bisul ku di bahagian dalam belum sembuh sehingga bisulku berdenyut-denyut. Akhirnya ku ambil jarum dan membuat lubang bagi membolehkan nanah keluar, barulah hilang rasa berdenyut-denyut.
Dua hari lepas ku minum semula susu kambing Hi-Goat dan Alhamdulillah hari ini ku rasa bertenaga. Ku pergi ke rumah ibu bapaku. Ku gembira melibat ayahku menyabit rumput untuk lembunya. Ku pula memetik daun kangkung untuk dibuat sayur dan juga untuk makanan ikan kaloi di rumahku.
Ayahku pula bukanlah sihat sangat. Hampir 3 bulan tak dapat berjalan. Selepas berurut dan rawatan hospital, ia kembali dapat berjalan. Alhamdulillah.

Tuesday, October 25, 2011
Ku Cuba Keladi Tikus
Assalamualaikum. dah lama ku tak menulis. Bukan apa cuma kabel tmnet kena curi oleh pencuri kabel yang berleluasa sekarang. Jadi sekarang terpaksa guna broadband.
Dulu ku cuba Susu lebah, sihat sikit tetapi fistula(bisul) di dadaku tak sembuh sepenuhnya. Kini dah hampir 2 tahun ku makannya. Ku cuba pula Keladi Tikus. Bisulku nampaknya dah nak kering, kadang-kadang dia kering, tetapi kemudian bernanah balik. Kini dah 7 botol kumakan keladi tikus. Sebotol yang mempunyai 90 kapsul berhaarga RM90.00. banyak jugalah kena keluar duit.
Ubat kimoterapi, SUTENT(SUNITINIB) dah tak ku makan lagi kerana putus bekalan sejak Jun lepas. Sebenarnya ku agak serik makan Sutent kerana kesan sampingannya yang teruk. Tambahan pula keadaanku semakin baik berbanding dulu cuma sekarang badanku terasa sangat lemah dan selalu letih.
Semoga Allah memberi kesembuhan berkat bulan haji ini.
Sunday, September 25, 2011
Termujanji Klinik Onkologi
22.9.2011
Hari ini ku jumpa Dr. Fatihah dan seorang doktor baru yang ku lupa namanya. Dia memeriksa fistula di dadaku. Masih tidak sembuh walaupun dah 2 tahun muncul di dadaku tetapi ia semakin kecil. Ku beritahu doktor keadaan diriku yang selalu letih. Ia menyatakan mungkin kanserku merebak. Alahai doktor, beirilah semangat bukan menakutkan ku.
Ku bertanyakan borang permohonan ubatku tetapi malangnya ia belum diproses lagi. Maka terpaksa isi semula borang saraubat. Ku tak kisah sebenarnya kerana kesan sampingan ubat tesebut, Sutent begitu menyakitkan.
Kini ku pasrah. Hanya doa kepadaNya mengiringi penderitaan ini. Namun ku tetap bersyukur kerana keadaanku sekarang lebih sihat berbanding dahulu.

Thursday, August 25, 2011
Sunday, August 21, 2011
Ramadan Akan Meninggalkan Kita
Hari ini 21 Ramadan, adakah semalam malam Lailatul Qadar. Masih ada beberapa malam lagi untuk kita mencari lailatul qadar. Alhamdulillah sehingga hari ini, ku masih dapat berpuasa. Sakit di ari--ari dah berkurangan. Ku dah pergi buat "urine--test" dan tak ada batu karang.
Moga berkart Ramadan ini penyakitku akan sembuh. Amin.
Moga berkart Ramadan ini penyakitku akan sembuh. Amin.
Sunday, August 14, 2011
Ramadan Penuh Berkat
RAMADAN DATANG LAGI
Tahun ini, 1 Ramadan bersamaan 1 Ogos. Ku berazam tahun ini untuk berpuasa walaupun gastrikku belum sembuh. Ku berdoa agar puasa ini tidak memudaratkan ku walaupun daripada segi hukum ku dibenarkan untuk tidak berpuasa. Namun bila memikirkan besarnya ganjaran pahala untuk orang berpuasa, ku mahu puasa juga apatah lagi sudah lama ku tak sakit perut, cuma panas dada simptom gasrtik. Kini sudah dua minggu ku dapat berpuasa cuma sejak 3 hari lepas kena serang selsema.
Kerja sebagai guru memang banyak tekanan. Tekanan yang paling utama datang dariapada anak murid yang tidak ikut peraturan. Tugas-tugas rutin lain juga ada tekanan tetapi taklah sehebat tekanan dan sakit hati dengan perangai pelajar. Namun sebagai guru, kami kena hadapinya kerana memang pelajar masih mentah, suka meniru perangai yang tak elok.
Semalam ku tersedar daripada tidur kerana sakit di ari-ariku. Ku bimbang mungkin akibat batu karang kerana kurang minum air kerana berpuasa. Ku sebenarnya menghadapi masalah makan bila dibedah dulu. Akibat dibuang separuh saluran makanan, bila makan dan minum ku serang sangkut makan di saluran makanan. Bilu minum seteguk air, kena tunggu beberapa ketika, baru boleh terus minum teguk yang berikutnya. Ini menyebabkan ku kurang minum air. Dan paling ku bimbang sekiranya kanserku merebak. Ya Allah ! Jauhilah perkara tersebut kerana ujian ini pun dah tak tertanggung rasanya.
Rasa berdenyut di ari-ari masih terasa dan ku bercadang nak jumpa doktor di klinik kerajaan.
Selamat berpuasa dan beramal untuk mendapat ganjaran pahala di bulan Ramadan.
Subscribe to:
Posts (Atom)