Saturday, April 10, 2010

TESTIMONI PRODUK SUSU LEBAH (ROYAL JELLY)



TESTIMONI PRODUK SUSU LEBAH
MUHAMAD ZAINI B ISMAIL
BEKAS GURU KANAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
SMK KANDIS 16310   BACHOK, KELANTAN

Saya telah disahkan menghidap kanser perut dan menjalani pembedahan pada 28.11.2006 di HUSM Kubang Kerian. Saya telah diberi “Target Teraphy” menggunakan ubat kimoterapi GLIVEC(IMATINIB) dan  terpaksa mengeluarkan belanja sendiri terlebih dahulu sebanyak RM8380.00 sebulan dan kemudian meningkat kepada RM 12880.00 sebulan apabila  dosnya bertambah dari 400mg ke 600mg. Alhamdulillah mulai 2008 saya telah mendapat ubat tersebut secara percuma dari HRPZII.

Pada tahun 2010, Pakar Onklogi  mendapati ubat Glivec kurang berkesan, oleh itu saya diberi ubat baru iaitu  Sutent(sunitinib) yang berharga RM17650.00 .

Sebelum itu, pada 17.12.2009, En.Aminuddin, M.A Klinik Bachok mengesyorkan saya memakan produk SUSU LEBAH kerana isterinya mengalami ketumbuhan dan akan dibedah oleh doktor di HUSM. Namun sebelum temujanji pembedahan, isterinya  telah mengambil produk SUSU LEBAH. Sesuatu yang tidak disangka berlaku iaitu apabila diperiksa untuk dibedah ,doktor mengesahkan isterinya  tidak lagi perlu dibedah kerana ketumbuhan sudah tidak berbahaya.

Saya sebelum ini  mengambil  jus Mahabbah keluaran Tok Guru, Talbinah dan susu kambing tetapi kurang nampak perubahan. Saya bertawakkal kepada Allah dengan mengambil  produk SUSU LEBAH . Saya berdoa kepada Allah agar sempena bulan Muharam ini SUSU LEBAH  dijadikan asbab untuk kesembuhan penyakit kanser saya kerana saya sudah hamper 2 tahun bercuti  dan mengikut pekeliling perkhidmantan, pesakit kanser hanya diberi cuti sehingga 2 tahun sahaja dan mungkin selepas itu saya akan diberi “Medicalboard”
          Selepas menghabiskan  sebotol SUSU LEBAH , saya dapat merasakan saya kembali bertenaga  dan ini mendorong  saya  membeli  sebotol lagi.  Alhamdulillah selepas  itu saya  boleh pergi menunaikan solat Jumaat , ke Pasar Tani dan menguruskan sendiri pertukaran persekolahan  anak  di  PPD Bachok dengan ditemani isteri.

Pada 30.12.2010 saya ke Kian Farmasi membeli  ubat Sutent menggunakan cek Bank Muamalat kerana bimbang membawa duit sebanyak RM17650.00 secara tunai.  Pada 31.12.2009, Khamis malam Jumaat saya mula mengambil  ubat Sutent. Pada 4.1.2010 , saya dapat hadir  ke sekolah setelah hampir dua tahun bercuti, gembiranya hati Tuhan saja yang tahu.

Walaupun doktor memberitahu apabila saya mengambil  ubat Sutent, saya akan letih sebanyak 50% , tetapi dengan izin Allah hasil daripada memakan  SUSU LEBAH  saya bertenaga dan dapat ke sekolah. Saya baru makan 3 botol dan luka di dada saya semakin kecut dan Prof Madya Dr.Biswa Mohan Biswal, Perunding Oncologi(Kanser) memberitahu akan melakukan radioterapi sebanyak 8 kali bagi mempercepatkan proses penyembuhan bisul di dada saya  bermula pada 26.2.2010. Moga Allah memberi kesembuhan kepada saya agar dapat meneruskan perjuangan yang belum selesai…………………!!!!!!

Sekarang saya menjadi pengedar SUSU LEBAH dan sesiapa berminat boleh menghubungi saya seperti alamat  di bawah  dan lawati juga laman web saya untuk mengetahui kisah penderitaan saya sebagai  pesakit  kanser.

             MUHAMAD ZAINI B ISMAIL
             LOT 1279, BT.20, JLN KUBUR BADAK
             KG.BADAK
             16300 BACHOK,KELANTAN

             TEL : 012-9648569   09-7780257 (R)

No comments: